Pages

Tuesday, December 11, 2012

~Pengemis Jalanan~



Detik Masa Berlalu Pantas,
Tanpa Hirau Jejak Langkah,
Tiada Saat Tertinggal,
Tiada Kesan Berbekas.

Dalam Mengejar Syurga Dunia,
Leka Pada Cinta Duniawi,
Lupa Pada Syurga Ukhrawi,
Terus Alpa Mengejar Nikmat.

Dunia Dunia Dunia,
Ada Apa Pada Dunia?,
Tempat Pencarian Harta,
Tempat Pencarian Kasih,
Namun Adakah Ia Pencarian Kasih Ilahi?,
Semacam Amat Tipis,
Kerna? Mencari Kasih Insan Semata.

Orang Kaya Makin Kaya,
Orang Miskin Semakin Papa,
Dunia Hanya Persinggahan,
Perlu Ke Harta Melimpah?,
Walhal Rahmat Tuhan Perlu Dikejar.

Biar Miskin Harta, Jangan Miskin Akhlak,
Biar Tanpa Emas, Jangan Tanpa Pedoman,
Biar Resah Kurang Berlian, Jangan Resah Hilang CintaNya,
Harta Dunia atau Pahala Akhirat?,
Mana Satu Jadi Tonggak?

Walau Iman Jadi Goyah,
Usah Biar Terus Rapuh,
Tiada yang Dinanti,
Melainkan Naungan DariNya,
Untuk Pengakhiran Kekal Abadi,

.:: Sekadar Nukilan di Saat Berfikir Sejenak | 11/12/12, 11.24p.m. ::.

Assalammualaikum... Alhamdulillah kan kita masih bernyawa... Masih berpeluang bernafas, masih berdaya untuk bangun, masih bisa menggerak-gerakkan jejari runcing di papan huruf, masih boleh menggapai awan? Eh awan? Hehe amboi tak sedar diri ye nak menggapai awan? Dahan pokok pun tak tercapai ni kan pula awan... Ni namanya berangan... Sebenarnya impian aku nak merentas awan... Ala naik kapal terbang tu la... Fuhhhhh... Jakun... Hahaha!

Alkisahnya, bukan nak bercerita pasal awan tapi pasal aku & kawan2. Beberapa hari lepas...pergi outing bersama geng2 ku... Makan makan, cuci mata tengok barang (tengok2 je tau), beli2 buku kat Kedai Buku Popular... Best, yela keluar bersama kawan2 mestilah seronok kan. Have fun kan. Hari Jumaat memang kebiasaan kami keluar makan kat luar... Port? Jusco la mana lg kan, Jusco Bukit Tinggi la paling terdekat kan... Hehe berapa banyak 'kan' daaaa.

On the way balik tu kami berborak lagi dalam kereta. Aik borak lagi, tak sudah2 borak kan. Tapi bukan gosip, jgn prasangka tau! Okey, masa balik tu tersangkut kat traffic jam... Suddenly, nampak kelibat pakcik tua yg jalan terbongkok2 minta derma pergi dari satu kereta ke satu kereta... Dengan simpatinya aku tengok dia dengan uzurnya pergi ke tingkap semua kereta yang ada kat situ. Satu lagi cabaran untuk pakcik tu adalah hujan turun... MasyaALLAH, kesian... Nangis dalam hati.  Sedih melihatnya. Semoga dia sentiasa dilindungiNya... Biasalah kan ada yang sudi menghulur derma dan ada juga yang buat slamber derk... Dunia oh dunia... Begitulah ragamnya...

Sebenarnya dari situasi tersebut kita boleh menilai sikap dan jati diri masing2... Melalui stigma tersebut secara tak langsung ALLAH menguji sama ada hamba-hambaNya bersifat kedekut bin bakhil ataupun pemurah binti dermawan. Hehe. Melalui  pengemis jalanan tersebut sebenarnya ALLAH nak menilai sejauh mana hati hamba-hambaNya. Sama ada ikhlas atau tidak menghulur secebis bantuan.

Pernah dengar pepatah tak mengatakan bahawa "Tangan yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan yang Menerima?" Ataupun "Tangan yang Berada di Atas Lebih Baik Daripada Tangan yang Berada di Bawah?" Bukan nak mengajar pepatah melayu tapi nak berkongsi pendapat pasal isu menderma di kalangan manusia pada hari ini...

Tak semua ditakdirkan hidup mewah atau berkemampuan. Ada yang terpaksa mengutip derma bagi mencari sesuap nasi. Kesian lah aku tengok pakcik2 kat jalan meminta2 wang. Tak sanggup aku nak lihat. Kenapa ye? Mungkin aku membayangkan sekiranya pakcik itu adalah ayah aku atau pakcik aku. Entahlah sebenarnya sekeping hati aku tak boleh melihat orang2 meminta derma di jalanan. Hati ku akan jatuh luluh. Hurm ='(

Hurm, berbalik pada ceritera aku & geng...masa tu kami di dalam kereta saling bertukar pendapat. Macam ala2 sesi berdebat. Sebenarnya team kami mmg suka berdebat sebab rata2 pendapat adalah berbeza2. Saje nak kasi otak bergerak & bertukar2 idea. Hehe my bestfriend mase tu mengutarakan satu soalan "Kenapa Perlu Memberi Derma Kepada Pengemis Jalanan? Sedangkan Mereka Itu Masih Berupaya Berjalan. Masih Mempunyai Pancaindera yang Lengkap. Masih Boleh Berusaha & Bekerja." Memang betul pun apa yang dikatakan itu. Tetapi bagi aku tak salah sekiranya kita memberi sedikit wang atau menghulurkan sedikit bantuan walaupun kita tahu tak besar mana pertolongan kita tu. Bagi aku, mereka itu dijadikan sebagai orang tengah dalam kita mengumpul pahala & rahmat dariNya. Sekiranya dalam dunia ni tidak wujud "Pengemis Jalanan", kita tak berupaya memberi sedekah atau mengumpul pahala. Walau apapun sebenarnya sedikit yang kita sumbangkan sekiranya niat kerana ALLAH Taala, ia amat bermakna hakikatnya. 

Dalam menderma ni kita tak perlu melihat siapa yang meminta derma tersebut. Tetapi kita perlu menderma kerana apa. Apa tujuan kita menderma. Orang yang ikhlas adalah meletakkan sesuatu perkara adalah kerana ALLAH Taala satu2nya. Bukan kerana kita melihat siapa orang tu baru kita terdetik nak menderma. Kita boleh menderma kepada sesiapa pun tak kira lah orang tu kaya ke sederhana ke itu ke ini ke. Nak menderma kepada saya pun boleh jugak. Hehe dah kata kerana ALLAH Taala kan. So jangan sesekali pertikaikan kenapa orang tu meminta2 sedangkan masih mampu berjalan atau senang kata seperti menggalakkan mereka2 itu meminta bantuan tanpa berusaha. Itu semua bergantung pada diri masing2. Hmm tepuk dada tanya selera. Terpulang kita nak menderma atau tidak. Dalam Islam memang tiada unsur paksaan. Nak menderma dapat keredhaan In Shaa ALLAH. Tak nak menderma, tak dapat apa2. 

Itu yang aku explain pada kawan2 aku. Bukan nak tunjuk pandai. Sekadar berkongsi pendapat & ilmu. Masa tu agak kelakar la jugak dalam kereta wujud sesi berdebat, masing2 nak menang. Hehe. Tapi kami anggap itu ala2 sesi usrah la. It's better than gosip2 kan? Tol tak tol tak? Akhir kata : Majukanlah Iman Demi Akhirat! Tingkatkan Iman Kurangkan Dosa! Okey Salam Sayang dari saya. Tata Titi Tutu...



Berat Mata Memandang, Berat Lagi Hati yang Menanggung. Hiba Pula Rasa Hati

 
Tidak Rugi Menghulur Derma. Keikhlasan Terletak Pada Hati yang Menyerahkan Segalanya Hanya Kerana ALLAH. Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain


Surah Al-Baqarah Ayat 215 : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) : Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? : Katakanlah "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada : Kedua ibu bapa, & kaum kerabat, & anak2 yatim, & orang2 yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis2 kebaikan, maka sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahuiNya (& akan membalas dengan sebaik2nya.


p/s : Menderma lah walaupun seposen, dua posen, tiga posen. Apa yang penting? Ikhlas... Hulur tangan kanan, sorok tangan kiri... =)

Sunday, November 11, 2012

~Hanya Persinggahan~


Kala Sunyi Terbit Rasa,
Sayu Memanggil Mencubit Jiwa,
Meski Indah Tanpa Bicara,
Hanya Pendam Menjadi Cara.

Walau Dunia Hanya Sementara,
Mustahil Kosong Tanpa Cinta,
Mungkin Ia Muncul Sementara,
Dan Hanya Sebentar Cuma.

Teman, Sahabat, Datang dan Pergi,
Tinggal Serpihan Kaca di Hati,
Tanpa Diundang Ia Meniti,
Tanpa Direstu Ia Pergi.

Perasaan Amat Halus,
Terbit Dari Hati yang Tulus,
Yang Ingin Dielus,
Agar Dirapi Tidak Hapus.

Jaga Hati Tidak Mudah,
Sering Disentuh Dengan Kata Indah,
Hanya Menjadi Mainan Madah,
Wahai Pujangga Kenapa Berpaling Tadah?


Kenapa Kenapa? Kenapa Hati Kau Hancur Kartun? Haha Hati Kau Dicuri Lepas Tu Dihempas Kat Batu Ek? Fuh Berderai Seh! Hehe Cian... Sila Tukar Hati Baru K?! Eh, Tapi Ada Ke Hati Baru? Jual Katne? Nak Beli Gak Kalu Ada?! Hahaha...


Assalammualaikum... Hehe tak jawap dosa... Hmmm lamanyer tak tatap blog aku ni... Hmm blog I ni dah berkurun I tak singgah. Skg ni musim mood tenang... Takda ada rasa apa2... Bila takda rasa pape ni, fikiran mula lah berfikir nak itu, la nak inilah. Nak bela rabbit, but mama I tak kasi. I syedih cangat2... Hahahaha! So terbatal lah hasrat hati ku ini. Almaklum dah my mum tolak mentah2 application I ni, nak wat camno kan... Kan kan kannn... Redha je laaa... Ngeee~

Skg ni kuat tol makan. Kenapa ye? Sungguh pelik dgn condition diriku ini. Makan ni syok tau sebenarnya. Buat kita lupakan something yg jadikan kita stress... Makan makan makan, puas hati! Alhamdulillah rezeki kuniaan Ilahi...

Nak tanya la sikit... Knp lelaki ni suka sgt sentuh2 hati perempuan? Tak kisah la kan gune medium macamne... FB ke, whatsupp ke, sms ke, calling2 ke, depan2 mata ke, tp...suka sangat sentuh2 hati, cuit2 hati, ambik2 hati then buang mcm tu je... Pelik toi. Ngayat bkn main tp rupanya hanya halwa mulut je... Gula2 kan je rupanya... Huhu... So apa niat si jejaka tersebut?  Sebagai apa sentuh2 hati & kenapa sekadar mainkan perasaan je... Ish dush! Pang laju2... Hehe...

Takde niat nak kondem lelaki... Dan bukan bertujuan pun nak salahkan kaum Adam. Tapi kaum2 Hawa di sini teramat la tertanya2 'kenapa'. Dah buat hati seorang wanita cair (nasib baik hati aku masih ada perisai, idakle cair, padan muka! Hehe) & punyalah besar hati si kaum Hawa tersebut terbuka tapi rupanya tak lebih hanya sekadar permainan perasaan yg telah dicipta oleh si Jejaka tersebut. Apa jadahnya itu? Adakah itu dinamakan 'Gores dan Menang'?! Haha ataupun main 'Cak Cak Baaa'? Atau 'Peraduan Mencari Harta Karun, Lepas Tawan Terus Blah!' Huahuahua 'tahniah'... Huhuhu...

Kepada sesiapa kaum Adam yg berani utk tampilkan diri anda terangkan kenapa, apa perkara sebenar, share pendapat, amat dialu2kan... Hehe, tapi sebarang surat menyurat 'Cinta' tidak dilayan sama sekali... Haha!

To kaum Adam, hati kaum Hawa ni lembut... Sgt2 mudah tersentuh. Ia perlu dijaga bukan untuk dipersenda. Jauh sekali untuk dipijak2... Hargai k! Hehe... Mmg tak boleh nak tipu, sekali hati perempuan dicuit oleh laki, kesannya pasti ada. Tak byk, sikit pun pasti cair punya kan? Kepada kaum Hawa tu pandai2lah kawal hati anda k. Jgn mudah ditipu. BTW, ayat jejaka mmg manis. Kalah madu lebah tau... Huhu apa2 pun aku percaya pada kata2 azimat ni>>>Cinta yg Mahal adalah Cinta yg Paling Sukar Dilafazkan. Ia tersemat di Hati. Akan Terluah Selepas Akad... Ceh Wah! Poyonya ko Nora Fyza... Hahaha...

p/s : Cuba layan lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk by Flava"... Best & ada lah gak kaitan dgn entry ni kot. Haha... Kenapa nak cuit hati kalau takde niat serius & ikhlas? Hanya persinggahan di hati ye? Hanya datang  menyinggah, berehat sebentar bersama 'KIT KAT', lepas tu 'TIME TO GO' & 'TATA GURL!' Hahaha senang, mudah, & tangkas kau Pok Husin wat Mak Jemah macam tu!... Merepek lak... Haha gurau2 senda je... Jgn mara... Huhu. Konklusinya, jawapannya ada pada setiap hati masing2... Renung2kan & fikir2kan... Adios~

Cer Check Masih Berdegup Tak Hati Kita? Haha Bila Hati Dicuit2 Tu Ada Rasa Dup Dap Dup Dap Tu Dah Angau Lah Tu! Haha Tapi Pe Kata Check Hati Kita Utk ke Arah Kebaikan, Lagi Baik... Rasa Dup Dap Dup Dap Mase Beribadat Depan ALLAH... Allahuakbar... =)



 



 

Monday, September 3, 2012

~Kosong Kosong~



Segala Kata Cacian yg Telah Engkau Berikan,
Membuatku Rasa Kosong Kosong...


Kalian tahu tak itu sebahagian lirik apa? Hehe sape yg tak tahu kan? Itulah lagu Najwa Latif. Bila sebut Najwa Latif teringat lak adik sepupu kesayanganku Adila Irdina. Aishhhhhh memang dak kecik tu minat gila2 dengan Najwa Latif. Haha boleh dikatakan hari2 asal datang umah je mesti pasang lagu tu & nyanyi  sambil main gitar. Umur baru 3 tahun kot, dah pandai. Haha... Adila syggg...kata nak jadi ustazah. Ustazah mana ada main gitar! Ustazah pakai tudung tak leh melaram pakai seksi2... Hehe nasihat utk dia. Bkn apa, dak kecik ni sungguhpun kecik tapi suka bergaya! Pakai high heel, pakai gaun macam Barbie... Hehe alololo cutenya dia... Huhu...



 Adila pengubat stress... Bila tgk dia, rasa tenang je... Kaletah dia mencuit hati... Huhu...





Hmm, dah lama aku tak intai blog kesayangan aku ni peneman di kala duka dan lara... Aceh! Hahaha... Memang dah bersawang dah blog ni. Masa utk bersihkan & touch up pe yg patut! Haha baru harini berkesempatan singgah. Nak ambil kesempatan sekejap boleh tak? Memandangkan raya tak habis lagi, aku dengan ini bernama Nora Fizah Mishan No Surat Beranak I 223255 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada family, sanak saudara, sahabat handai, kenalan FB, blogger2 sekalian, para perantau, jiran tetangga, jiran sejalan, jiran sekampung, jiran kampung sebelah, jiran negeri lain, jiran...apedaaaahhh banyak jiran! Hahahaha tidak lupa juga kepada para perantau... Apa kena mengena perantau dengan aku ni? Hah...satu lagi kepada penjual baju raya, tudung raya, kerongsang, kerana jual baju raya kepada saya. Tanpa anda semua, tidaklah saya dapat memakai baju raya di pagi raya. Hahahahaha M.E.L.A.L.U.T daaa~~~


Kosong... Aku terasa kosong... Aku rasa kosong sangat bila orang2 pakat tanya : Ko bila nak kawin? Kawen kawen tak habes2 kawen kan? Umur aku ni tak lagi sampai 30 okeyyyyyyy... Kenapa, aku ni dah tua sangat ek bila sume tanya bila nak kawen? 23 tahun itu angka yg lewat ke bila tak kawen lagi? Entahlah, bila raya menjelma perkara yg paling wat aku stress adalah bila diajukan soalan2 wartawan yg tidak bertauliah. Hurmmmm mood raya yg happy berakhir dengan perasan stress yg berpanjangan. Siapa yg tak nak kawen kan? Cuba cakap siapa yg tak nak? Aku pun nak. Cuma sabarlah kan. Tiada lagi yg sudi masuk pinang. Kalau ada yg sudi, mmg terima terus la haha asalkan beragama, mampu jaga makan pakai, & baik. Aku tak minta kemewahan apatah lagi emas berlian. Koman2 pun Ipad pun jadilahhh. Hahahaha takde lah... Aku rasa skg jiwa aku kosong. Aku berniat nak betulkan cinta aku pada ALLAH. Baru boleh fikirkan cintaku pada insan yg bernama lelaki. Kalau cinta padaNYA masih terumbang ambing, layakke utkku dapat cinta suci dari seorang suami? "Ya Allah, Kau Teguhkan Lah Cintaku PadaMu Agar Tidak Leka Dengan Urusan Duniawi Semata. Kau Mantapkan Cintaku PadaMu Sebelum Kau Anugerahkan Cinta yg Lain Utkku. Amin Ya Rabb..."


Mood : Berserah je yg mampu ku lakukan. Setelah cintaku kecundang tak sudah2, memang aku rasa Kosong Kosong... Hurmmm kalau ada, adalah...  Mungkin perasaan itu dah mati. Tapi tak mustahil ia akan segar balik. Dan aku percaya pada kuasa Ilahi. Dia yg berikan segala2Nya... Cinta lepas nikah itu lebih indah kot. Kebahagiaan terletak di tangan ALLAH, bukan di tangan kita...
 

                                             







p/s : Wahai Perigi Airnya Dalam,
     Asalkan Bukan Perigi Buta,
     Hidup Sepi Hati Kelam,
    Apalah Makna Hidup Tanpa Cinta.

Sape nak jawap pantun aku ni? Jawap jangan tak jawap! Hahahahaha tgh gian nak berpuisi. Kah3...
 




Thursday, July 5, 2012

Aku Benci Kau!







Sesaat Aku Benci Kau,
Seminit Teramat Lah Benci Benci Benci,
Sehari Benci Lagi,
Bila Masa Aku Tak Benci Kau?,
Memang Tiap Kali Aku Nampak Kau, Aku Akan Rasa Bergetar,
Berdebar-debar,
Tak Sanggup Menatapnya!.


Bukan Malu, Tapi... Takut!,
Takut Kau Akan Menyentuhku,
Pabila Berselisih Denganmu,
Ku Khuatir Kau Akan Melanggarku!
Ohhh Tidak, Sungguh Ku Tak Rela...


Indah Dunia Ni Andai Kau Tiada,
Aman Je Ku Rasa...
Tapi Mustahil,
Teramat Mustahil,
Kerna Kau Antara yang Signifikan,
Ya, Ku Akui Aku Takut Berhadapanmu!.


Berapa Ramai Orang Kau Dah Sakiti,
Aku Tahu Kau Hebat Antara yang Lain,
Kau Gagah, Kau Kuat, Kau Perkasa,
Lagi, Lagi, Lagi,
Tak Terhitung Rasanya 'Pujian' yang Aku Berikan,
Dalam Diam Rasa Getarnya,
Dalam Terpaksa Berselisih... Aku Kuatkan Hati,
Sungguh Aku Tak Sanggup,
Untuk Terus Terserempak Denganmu...


Walaupun Kau Tak Muncul Dalam Mimpiku,
Tapi Kau Sering Menjadi Igauan,
Umpama Menjadi Mimpi Ngeri Dalam Realiti,
Masuk Ke Dalam Sukma Sanubari,
Teramat Sadis Ku Rasa,
Kerna Ia Menjadi Satu Kekangan,
Untukku Terus Bergerak Ke Depan,
Oh Aku Tak Bisa,
Kerna Aku Takut,
Takut, Takut, Takut...


Ku Rasa Aman Je Dunia Tanpa Kau,
Sungguh Aku Tak Suka Kau,
Teramat , Tidak Kurang Walau Setitis Air Hujan,
Oh Tak Sanggup!,
Hanya Aku Benci 'Kau' Seorang!,
Eh Tak Sesuai!,
Hmmm Hanya Aku Benci 'Kau' Seekor!,
Sungguh Tak Sesuai!
Haaaaa Hanya Aku Benci Kau 'Sebuah',
Walaupun 'Kau' Hanya...
Hanya...
      Hanya...
             Hanya...
                  Hanya...
Ai Cepat Lah Cakap!











Hanya...

 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
V


HANYA SEBUAH LORI!
Kuang Kuang Kuang...
Marah tak marah tak?...
Jangan marah aaaaa...
Nanti kena jual...












                         Tumpang Lalu... Hahahahahahaha...

Maaf ye, post ni sebenarnya takde kaitan dengan sesape... Just nak bergurau2 senda... Hehe sememangnya aku fobia plus tak suka dgn 'insan' yang bernama LORI. Tak kira lah lori sampah ke lori kontena ke lori hantu ke... Yang pasti 'minatang' tu memang besar. Senang cite, memang tak sanggup lah nak berselisih. Tapi tulah, kalau bawak keta tak leh lah lari. Pasti terserempak jugak dengan 'objek' itu. Kahkah... Driver2 lori yang terpaksa terserempak dengan aku pasti akan bengang je tengok muka aku yang menjeling benci... Memang masam ar sepanjang bersebelah dengan lori2 tu. Maaf tak sengaja! Haha memang tak suka & takut. Tak tahulah... Maybe sebab besar sangat kot. Haha. Kenapa lah ada lori dalam dunia ni... Tak boleh ke angkut barang pakai kapal terbang ek? Hmmmmmm...

Mungkin sebab tu lah nampak aku jarang drive pergi jauh2... Koman2 pun area Klang atau Banting. Klang atau Banting. Haha paling jauh pun kat Bukit Sentosa, Rawang. Tak pernah la bawak ke luar Selangor! Memang boleh dikira lah berapa kali drive. Sebab satu je! Takut lori! Arggghhhh bikin gua tension ni... Huhuhu... What should i do?! I don't like this feeling! Huarghhhh!!!

p/s :  Hidup ni memang sentiasa berdepan dengan cabaran. Walaupun kita benci dengan sesuatu perkara tu, kita perlu juga berdepan. Tak boleh lari. Nak tak nak, kena tepis perasaan tu. Kalau tak, ke mana kah kita??? Takkan bergerak2 la kan... Tapi, kuatkah aku menangkis arus ketakutan ini? Help me, please! Hoho~~~ (Macam lah mencabar sangat, konon mencabar macam nak memajukan negara gamaknya! Puihhh)



















Friday, June 8, 2012

Hanya Jauh di Sudut Hati


Jauh di Sudut Hati, Ku Amat Merinduimu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Harap Kamu Juga Merinduiku...
Jauh di Sudut Hati, Ku Mengingatimu Setiap Detik Waktu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Harap Kamu Pun Begitu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Ingin Menghubungimu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Juga Mahu Kamu Menghubungiku...

Jauh di Sudut Hati, Ku Suka Kamu 'Stalk' Aku...
Jauh di Sudut Hati, Memang Dalam Diam Aku 'Stalk' Kamu...
Jauh di Sudut Hati, Bila Ku Fikir Kau Bersama yg Lain Ku Rasa Cemburu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Selalu Gelisah Tak Menentu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Tak Puas Mengenalimu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Selalu Mimpikanmu...

Tapi, Ianya Terlalu Jauh Jauh Jauh di Sudut Hati,
Tetapi Adakah Ia Dekat di Hati?
Hmmm...Sengsarakah Aku Hadapi Semua Ini?
Kalau Inilah Dinamakan Cinta, Kenapa Perlu Aku Seksa Diri Ini?
Dalam Tawa Sebenarnya Aku Tangisi,
Dalam Gelak Aku Sebenarnya Sepi,
Orang Lain Mampukah Fahami?
Yang Mereka Mampu Nasihati Apa yg Aku Tidak Impi,
Bercakap Amat Mudah, Yang Menanggung Diri Ini?
Mereka Kata Itu, Mereka Kata Ini...
Tapi Aku yg Rasai,
Aku yg Meratapi,
Apa yg Aku Ingini, Fahamilah Diri Ini...

Aku Tidak Pinta Ini Semua Terjadi,
Mungkin Tersepitnya Aku Adalah Atas Ciptaan Aku Sendiri,
Dan Dengan Izin Dari Ilahi,
Dalam Aku Ingin Melupai,
Aku Sebenarnya Teramat Merindui,
Semakin Aku Jauhkan Diri Ini,
Semakin Aku Menyayangi,
Semakin Aku Cuba Melupai,
Semakin Kamu Dekat di Sanubari,
Ku Rasa Sendiri Bergetarnya Hati...

Dengan Cara Ini Ku Lepaskan Semua Ini,
Sekadar Berkongsi Perasaan Ini,
Bukan Tarik Tali,
Tapi Sekadar Curahan Hati,
Yakin Pada Naluri & Gerak Hati,
Hanya Hati Ini Mengetahui,
Tahap Kepercayaanku Memang Tiada Lagi...

-Luahan Hati Dari Aku Sendiri-
~OriginalBukanCopyPaste~ 
                                                          Tarikh Lakaran : 18 May 2012
                                                          
        .:: SememangnyaHidupIniPenuhDenganTekaTeki ::.
 

Aduhai puisi lagi... Tak habis2 puisi kan... Hmmm ini je cara yang aku ada untuk meluahkan perasaan ini... Yang tak suka tu or rasa macam nak muntah tu tak perlu view ok... Tutup je... (Nada macam merajuk plus sedih!) He4... Lalala~~~

Masih keliru dengan perasaan ini. Adakah mainan perasaan ataupun memang Allah wujudkan perasaan ini sebab ada rahsia di sebaliknya? Amat tidak terjangkau dek akal fikiran. Memang takkan tercapai akalku! Seriously, rasa tak tenang menyelubungi diri. Tatkala termenung bertambah2 la fikiran ini berkecamuk. Boleh tak kalau aku cakap yang memang sekarang selera makan aku dah mati! Tapi aku suka, bolehlah turunkan kilo2 badan aku ni! Tapi kena tahan la bebelan madam kat rumah tu (my mom lah sape lagi!). Hua3...


Dear Kamu,
Naluri hati dah mensahihkan semua itu. Hati ini sukar untuk ada rasa percaya. Kenapa masih ditanya. Aku takut pada satu ikatan yang tidak membawa erti. Please fahami aku. Tidak perlu ditanya kenapa kenapa kenapa. Andai kamu terseksa aku minta maaf, andai kamu merana aku mohon ampun. Tapi tolong, Jangan Menangis Untukku... -.- (Jika betul lah kau menangis)... Sesungguhnya hati ini terlalu lemah dengan semua ini...



Keliru, keliru, dan sungguh keliru... Aku seorang yang percaya pada naluri hati & petunjuk dariNya...

p/s : Mungkinkah aku terkejar2 dengan bayang2 sendiri atau mengalami masalah jiwa yang sukar untuk diselesaikan? Aku sendiri tidak pasti... Hmmm... CONFUSED!!! 
Mood ketika lakar blog ini : Kekusutan, kecelaruan, keegoaan, kesedihan, & seerti dengannya...



*Di relung hatiku yang paling dalam terdetik sedikit rasa bahawa lebih baik tidak mengenalimu daripada terpaksa melupakanmu dalam keadaan yg amat sukar. Di mulut kata tidak, tapi hati sering berkata, fikiran sentiasa ingat, dalam tidur senantiasa termimpi... Hurm...ada tak mesin melupakan memori? Kalau ada, nak beli please! Buang la rasa ini, kenapa kau jugak yang ku mimpi & kenapa kau jugak yang ku ingati? Arghhhhh!

Wednesday, May 16, 2012

Warkah Dari Hati

Ku tahan air mata ini,
Namun ia gugur jua,
Ku seka dari berlinangan,
Tapi mata merelakan ia,
Hati mampu bertahan,
Dalam paksa ku rela.

Kau hanya menyalahkan ku,
Ku tak salahkan mu kerna itu memang salah aku,
Aku tidak sedar ia hadir tanpa dipinta,
Ia muncul dalam sepi,
Pintakah kita untuk cinta ini,
Kerna kau dan aku tidak mungkin akan bersatu.

Percayakah pada fantasi,
Hanya indah dalam angau,
Ku tidak sanggup,
Ku tidak sedia,
Lalui ini semua,
Aku yakinkan diri ini,
Semua hanya khayalan,
Ku bertekad,
Dengan sebuah keputusan.

Ku lepaskan mu,
Dalam paksa ada rela,
Dalam seksa ada rasa,
Rasa cinta masih ada,
Apalah makna hanya cinta,
Tanpa jujur penuh dusta.

Ku akui diri ini,
Hanya sekelumit rasa percaya,
Penuh rasa curiga,
Hadir dalam hati,
Ku anggap mainan perasaan,
Tapi ku tak berdaya,
Akal saksikan segalanya.

Maafkan aku,
Kerna tidak memilihmu,
Suratan tercipta,
Anggap nama kita,
Tidak tertulis bersama,
Hanya ku mampu,
Membayangkan kau pergi bersama air mata,

Hanya hati melakar seribu erti,
Sejuta kata,
Menggamit perasaan,
Warkah tertulis hanya untukmu,
Di waktu rindu datang bertamu,
Relakan memori diabadikan,
Hati jadi saksi sebuah pertemuan.


:: Hasil nukilan Nora Fyza ::
Ku coretkan khas untukmu...

                                 .:: CintaItuBukanMilikKita ::.






Ehem3... 

Jiwang tak aku harini? Bukan jiwang semata... Aku memang macam gini... Seorang yang suka berpuisi sebenarnya. Inilah aku... Inilah diriku... Orang yang rapat dengan aku akan tahu siapa aku... Aku memang seorang yang suka melafazkan dan meluahkan rasa melalui puisi, share/dengar lagu, kaji lirik, dan seumpama dengannya. Poyo kan? He4...

Haha aku memang seorang pengkhayal yang tegar kot... Sebab itu aku suka berangan... Berangan, berangan, dan berangan... Perasan, perasan, dan perasan... Khayalan bukannya membuang masa sebenarnya. Tapi dengan khayalan boleh membuat diri kita lebih kuat dan penuh daya usaha! Tremendous effort! Okey, misalnya... rasa macam nak berangan ada kereta besar. Honda CRV la katekan. Kalau angan2 Mat Senin baik tak yah la kan. Kalau angan2 Nora Fyza confirm dapat! Hahaha... Eleh tahu la korang gelak kan... Yela sekarang memang la aku pakai viva comey cc kecik je. Tapi jangan terkezut kalau one day, my dream will come true! Haha masa tu kalau ade kalangan korang nak tumpang, memang dalam bonet la aku sumbat korang! Haha, angan itu indah kot! Indah je tak habis2 aku ni kan...




                                              

Haishhh lari topik la pulak... Okey ceritera aku kalini pasal warkah. Warkah dari aku untuk kamu. Kamu tau... KAMU! Aku warkahkan puisi ini memang dari luahan rasa aku yang kupendam selama ini... Ia memang keluar dari sekeping hati aku ini... Yang tulus dan ikhlas... Yang lahir perasaan pada saat dan ketika ini. Kalau kamu sedang membaca blog ni, dengarlah bisikan hatiku ini... Kalau singgah blog ni lah k... Sapa? Adelah, kalau rasa diri itu orang yang dimaksudkan, fahami la ye... (Meluahkan dalam blog, memang senang, taip je kan... Macam tak jujur kan, tapi inilah aku... Aku luahkan melalui cara ini) Jadi, trust me k... Thank you... Assalam...




  Dalam tangis, ku relakan kau pergi. Masihkah ada sinar? 
                    Hanya berserah ku mampu lakukan...


p/s : Lirik dah ada... Nak cari pemuzik yang boleh mengkombinasikan puisi ini dengan irama yang mensyahdukan. Sape ek agak2? M.Nasir? Ajai? Adnan Abu Hassan? Haha dapat mempertandingkan lagu dengan lirik yang dicipta oleh aku ni dalam Anugerah Juara Lagu pun jadilah kan... Perghhh hebat ke tak kalau macam tu? Jengjengjeng... Haha tengok tu, berangan lagi. Dasar kuat berangan! Angan tak sudah... Tapi tak salah kan???... Kuang3... Hahahahaha...






Wednesday, May 9, 2012

Kalau Ada, Aku Lah Org Pertama! Hehe~~~

Agak berminggu gak lah asyik termenung... Hmm pikir apa? Adelah... Jgn nak busy body tau! Haha!
Biarlah yg berlalu tu biarlah berlalu... Tapi kan rupanya sedar tak sedar...dah berbulan, berminit, bersaat aku tak update blog ni! Kesian...bersawang dah...berhabuk dah, berdebu dah...dan seangkatan dengannya... Huhu... Okey2, MR.BLOG... Jgn merajuk k... Harini I akan luangkan masa utk U ye MR.BLOG ku cyg... Hahaks, gedix!

Now, ada sebahagian impian aku dah ada yg tercapai... Tak dinafikan, ada la gak impian yg masih tak tertunai lg... Sabar... Ianya pasti akan direalisasikan seiring waktu dan takdir DariNya... Acewaaaahhh... Hehe... Tapi kan, kalau uolss nak tau kan kan kan... Ada satu impian ni... impian yg tak besar mana, dan tak kecil mana...mmg nak sgt aku tunaikan dlm hidup aku... Nak kata tak usaha, dah usaha... Nak kata tak ikhtiar, dah puas aku ikhtiar termasuk berubat cara kampung! Tragis sungguh impian aku ni sampai keliling satu dunia mencari... Haha... Impian aku yg satu ini adalah jeng jeng jeng... MENCANTIKKAN BLOG! Haha... iye2 je konon suspens. Haha tapi serius mmg aku nak sgt cantikkan blog aku yg dah sedia hodoh ni... Walaweh, hodoh sgt ke? Cuba korang tgk & nilai, hodoh ke hodoh ke? Baik ngaku cepat! Eh, U kate blog I cute... Eh cute ek blog I ni... Thank U! Hehe (PERASAN)! Tak kisah lah, asalkan aku ada blog... Kau ada? Kau Ada? Takdekan... Haha aishh yg dah ada blog tu duk diam2 la ek... Shhh... Haha...

Aku ni tak lah kreatif mana... Apetah lagi nak hiaskan blog aku ni... Kalau lah boleh letak langsir dalam blog ni mmg dah letak lah... Confirm cantik kan! Umpama dalam kelambu istana! Huhu... Mmg aku idamkan blog yg cantik, berseri, lawa, indah... Utk sape? Utk pembaca gak kan? Untuk kamu la kan? Sape lagi... Ceh3... Suka la tu suka la tu... Tgk tu... Senyum sampai ke telinga... Hehe jangan senyum kambing daaa... Haha! 

Bila lah impian aku yg satu ini akan tercapai ek... Puas dah usaha... 24hours menatap indah PC mahupun laptop... Di rumah mahupun di office... Tapi still tak berkesan... Erm dah puas guna tutorial tapi masih lagi tak ok... Aish! Macamne ni? Tolong...tolong...tolong... Anybody can help me, please?!! Ayoyo... Parah ni parah! Selagi aku tak mampu mencapainya, selagi itulah aku takkan putus asa & menyerah kalah! 

Andaikata lah kan... Ada kursus mencantikkan blog, mentouch upkan blog, mencutekan blog, mendandan blog, AKU lah orang pertama yg pergi mendaftar! Huahuahua! Sanggup ni tau sanggup! Kalau ada, contact I tau... I mengharap ni! hehehe... Ulang suara, AKU LAH ORANG PERTAMA YG PERGI REGISTER! Hehehehehe...Skg ni Chenta Hati I adalah Mr.Blog ni... Apapun I sanggup syg... Hahaha...

Oklah, merapu pulak kan... Tulah gamaknya kalau dah lame sgt tak update blog, dah lame sgt tak luangkan masa bersama 'buah hatiku' ini... Haha! Ada masa, kita 'dating' lagi depan PC ni ok! Adiosssssss!


p/s : Rasa macam nak ambik cat air aku masa zaman sekolah menengah dulu pergi tacap2 blog ni... Senang sikit nak kasi cantik! Meriah tuuu... Haha! Tetiba terpikir, agak2 kalau masuk bertanding ni, blog aku tempat ke berapa? Adakah 1st paling bawah, atau 2nd dari bawah! Hahaha! 

Tacap2 Blog Pakai Benda Alah Ni Boleyyy??? Huhuhu...




Thursday, March 15, 2012

Ku Suka Lirik Ini!!! 5 Star!!!

Bila wajahmu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu
Bila kasih mu engkau curahkan
Kurasa hairan rasa terharu
Kurasa hairan mengenangkan mu

Pernah dulu pernah ku dicinta
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Dicinta begini

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

 Pernah dulu pernah ku dicinta
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Dicinta begini

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu


Tengah gian dgr lagu ni... Boleh dikatekan everytime jgk la pasang lagu ni...
Hehe... Syahdu & feeling kot kan... Haha... Jom kita dgr sama2... Lagu ni khas utk... Jengjengjeng... Kahkahkah... Anda fikir tak apa yg kite fikir? Tak lah bukan untuk boypren la... Ada plak... Utk kamu kamu la yg sedang baca ni... Ehem ehem sakit tekak plak... Hehe... SELAMAT MENDENGAR... Tapi link carik sendiri... Haha ni lirik jer... Haha! Moga jatuh cinta okey... Jangan jatuh katil sudah!!! Hahahaha!!!





Sudirman l Bila Wajahmu Ku Bayang

Monday, March 5, 2012

~Berserah ~

Cinta? Apa itu cinta? Cinta adalah suatu yg bersifat 'general' ada pada diri setiap individu.... Setiap insan di dunia ini tidak pernah terkecuali daripada lahir dgn perasaan CINTA.... Ulang suara... Cinta ye Cinta... Bkn CINTAN Mee Segera ye... hehe Just joking... Erm Tak semua org bernasib baik... Mungkin adakala tak sesuai sekiranya kita guna perkataan nasib tu....Sebab setiap insan memang dah ditakdirkan kita dengan setiap pasangan masing-masing... Semua itu ketentuanNya... Ada hikmah... Bukan nasib semata2... Hmmm jodoh di tangan Tuhan...

Tapi lepas grad n bekerja ni aku perasan jgk lah yg skrg aku senantiasa dihidangkan dengan soklan2 cepumas... The question is BILA KAU NAK KAWEN??? Adohhhhhh... Mane la aku tahu... Takda sape yg pinang lagi... Kalau ada... Memang dah rembat la... Gila gelojoh tak aku ni? Hahaha! Actually kan senang cite la kan... Aku memang tunggu jodoh... Muncul dari LANGIT!!! Perghhh Angkasawan kah? Pilot kah? Tak boleh blah... Hahaha!!!

Tak salah bertanya... tapi kalau dah banyak kali tu RIMAS la jugak kan... Ermmm... Asyek2 kawen asyek kawen... Ish!!! Tua sangat eh aku ni??? Hmmmm... Relax sudaaaa... Takkan lari jodoh dikejar... Haha! & tak ready lg okeyhhh...

Best kan kalau imbau kenangan lama di waktu sekolah menengah dulu2... Fikir belajar & enjoy je... Tak yah pikir lain2... Skg ni... Mcm2 pikir... Pusing... Jodoh itu memang la penting... Tapi kalau dah duk mengata kate lambat kawen la tak laku la pela... Tu apa kes makcik? Salah ke kalau tak kawen lg? Itu tandanya Allah tak izinkan lg kan... Kalau ada... adala... KUNFAYAKUN... Hmmm... Cuba utk bersabar...

Ni lain plak cte bagi yg advice or suggest suh cari teman yg macamna.... Senang cite, kriteria2 yg penting utk dijadikan teman sehidup semati la kan... Hmmm... Org kata pilih la yg Handsome... Sedap mata memandang... Ala HANDSOME boleh bg korang kenyang ke? Kalau setia takpe... Kalau cari lain... Perghhhh bermadu.... Haha mentang2 handsome... Boleh la pilih2 sampai 4... Hmmm (TAK SEMUA...SEBILANGAN SAHAJA)... Kalau kriteria umur plak... Ni yg aku tak berapa nak paham pulek... Org kata... Bukan aku kata ye... Harap maklum... Org kata... Pilih la yg umur tua lagi sepuluh tahun dari kita sebab matang... MATANG... kononnya la kan... Bukan ke Angka bukan ukuran? Ada je pasangan laki yg lagi muda, lagi matang... Hehe... Tak kisahlah asalkan pandai bawak diri... Tak semestinya lagi tua dari kita tu hanya boleh dijadikan SUAMI utk kita... Kan jodoh urusan ALLAH, sape kita nak mempertikaikannya... So, umur bkn jadi halangan okey... Kdg makcik2 ni agak tak suka bila umur laki lebih muda... Tak tahu la kenapa... Hmmmm... Yg nak kawen ni, saya ke makcik? Apa kata makcik je la yg kawen eh... Haha (kuang ajo cakap ngn org tua mcm tu, nak kena pelempang) hihihi...

BTW, tak kisah lah pasal rupa ke, harta ke, umur ke, yang penting boleh pimpin kita & bakal anak2 kita ke SYURGA MilikNYA... Aminnn... Kriteria yg paling mustahak dari yg mustahak... Meh i list kan... Hahaha

a) Org yg meletakkan ALLAH di tingkat yg teratas dalam dirinya.
b) Org yg menghormati ibu bapanya. For sure dia akan hormat parents kita juga bila dah kawen nanti.
c) Bertanggungjawab pada agama, keluarga, dan diri sendiri.
>>>>Aishhh sudahlah kalu diikutkan nak listkan byk2... Tapi kang ni bkn kriteria cari calon suami ni... tapi dikatanya kriteria nak cari IMAM MUDA... Huhu...

p/s : Sebelum menetapkan ciri2 org yg kita dambakan, kita cermin diri kita dulu... Sapa kita?... Lengkapkah kita utk memilih org yg sempurna?... Setiap org ada kekurangan & kelebihan masing2... So, jangan terlalu memilih.... Haha bukankah setiap pasangan perlu saling lengkap melengkapi? Huhu... TAK PERLU MENGHARAP TEMAN SETAMPAN YUSUF, JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA, TIDAK SEMULIA KHADIJAH, TIDAK SETAQWA AISYAH, DAN TIDAK SETABAH FATIMAH...

Suka layan lagu ni... Tenang je...