Pages

Sunday, November 11, 2012

~Hanya Persinggahan~


Kala Sunyi Terbit Rasa,
Sayu Memanggil Mencubit Jiwa,
Meski Indah Tanpa Bicara,
Hanya Pendam Menjadi Cara.

Walau Dunia Hanya Sementara,
Mustahil Kosong Tanpa Cinta,
Mungkin Ia Muncul Sementara,
Dan Hanya Sebentar Cuma.

Teman, Sahabat, Datang dan Pergi,
Tinggal Serpihan Kaca di Hati,
Tanpa Diundang Ia Meniti,
Tanpa Direstu Ia Pergi.

Perasaan Amat Halus,
Terbit Dari Hati yang Tulus,
Yang Ingin Dielus,
Agar Dirapi Tidak Hapus.

Jaga Hati Tidak Mudah,
Sering Disentuh Dengan Kata Indah,
Hanya Menjadi Mainan Madah,
Wahai Pujangga Kenapa Berpaling Tadah?


Kenapa Kenapa? Kenapa Hati Kau Hancur Kartun? Haha Hati Kau Dicuri Lepas Tu Dihempas Kat Batu Ek? Fuh Berderai Seh! Hehe Cian... Sila Tukar Hati Baru K?! Eh, Tapi Ada Ke Hati Baru? Jual Katne? Nak Beli Gak Kalu Ada?! Hahaha...


Assalammualaikum... Hehe tak jawap dosa... Hmmm lamanyer tak tatap blog aku ni... Hmm blog I ni dah berkurun I tak singgah. Skg ni musim mood tenang... Takda ada rasa apa2... Bila takda rasa pape ni, fikiran mula lah berfikir nak itu, la nak inilah. Nak bela rabbit, but mama I tak kasi. I syedih cangat2... Hahahaha! So terbatal lah hasrat hati ku ini. Almaklum dah my mum tolak mentah2 application I ni, nak wat camno kan... Kan kan kannn... Redha je laaa... Ngeee~

Skg ni kuat tol makan. Kenapa ye? Sungguh pelik dgn condition diriku ini. Makan ni syok tau sebenarnya. Buat kita lupakan something yg jadikan kita stress... Makan makan makan, puas hati! Alhamdulillah rezeki kuniaan Ilahi...

Nak tanya la sikit... Knp lelaki ni suka sgt sentuh2 hati perempuan? Tak kisah la kan gune medium macamne... FB ke, whatsupp ke, sms ke, calling2 ke, depan2 mata ke, tp...suka sangat sentuh2 hati, cuit2 hati, ambik2 hati then buang mcm tu je... Pelik toi. Ngayat bkn main tp rupanya hanya halwa mulut je... Gula2 kan je rupanya... Huhu... So apa niat si jejaka tersebut?  Sebagai apa sentuh2 hati & kenapa sekadar mainkan perasaan je... Ish dush! Pang laju2... Hehe...

Takde niat nak kondem lelaki... Dan bukan bertujuan pun nak salahkan kaum Adam. Tapi kaum2 Hawa di sini teramat la tertanya2 'kenapa'. Dah buat hati seorang wanita cair (nasib baik hati aku masih ada perisai, idakle cair, padan muka! Hehe) & punyalah besar hati si kaum Hawa tersebut terbuka tapi rupanya tak lebih hanya sekadar permainan perasaan yg telah dicipta oleh si Jejaka tersebut. Apa jadahnya itu? Adakah itu dinamakan 'Gores dan Menang'?! Haha ataupun main 'Cak Cak Baaa'? Atau 'Peraduan Mencari Harta Karun, Lepas Tawan Terus Blah!' Huahuahua 'tahniah'... Huhuhu...

Kepada sesiapa kaum Adam yg berani utk tampilkan diri anda terangkan kenapa, apa perkara sebenar, share pendapat, amat dialu2kan... Hehe, tapi sebarang surat menyurat 'Cinta' tidak dilayan sama sekali... Haha!

To kaum Adam, hati kaum Hawa ni lembut... Sgt2 mudah tersentuh. Ia perlu dijaga bukan untuk dipersenda. Jauh sekali untuk dipijak2... Hargai k! Hehe... Mmg tak boleh nak tipu, sekali hati perempuan dicuit oleh laki, kesannya pasti ada. Tak byk, sikit pun pasti cair punya kan? Kepada kaum Hawa tu pandai2lah kawal hati anda k. Jgn mudah ditipu. BTW, ayat jejaka mmg manis. Kalah madu lebah tau... Huhu apa2 pun aku percaya pada kata2 azimat ni>>>Cinta yg Mahal adalah Cinta yg Paling Sukar Dilafazkan. Ia tersemat di Hati. Akan Terluah Selepas Akad... Ceh Wah! Poyonya ko Nora Fyza... Hahaha...

p/s : Cuba layan lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk by Flava"... Best & ada lah gak kaitan dgn entry ni kot. Haha... Kenapa nak cuit hati kalau takde niat serius & ikhlas? Hanya persinggahan di hati ye? Hanya datang  menyinggah, berehat sebentar bersama 'KIT KAT', lepas tu 'TIME TO GO' & 'TATA GURL!' Hahaha senang, mudah, & tangkas kau Pok Husin wat Mak Jemah macam tu!... Merepek lak... Haha gurau2 senda je... Jgn mara... Huhu. Konklusinya, jawapannya ada pada setiap hati masing2... Renung2kan & fikir2kan... Adios~

Cer Check Masih Berdegup Tak Hati Kita? Haha Bila Hati Dicuit2 Tu Ada Rasa Dup Dap Dup Dap Tu Dah Angau Lah Tu! Haha Tapi Pe Kata Check Hati Kita Utk ke Arah Kebaikan, Lagi Baik... Rasa Dup Dap Dup Dap Mase Beribadat Depan ALLAH... Allahuakbar... =)