Membuatku Rasa Kosong Kosong...
Kalian tahu tak itu sebahagian lirik apa? Hehe sape yg tak tahu kan? Itulah lagu Najwa Latif. Bila sebut Najwa Latif teringat lak adik sepupu kesayanganku Adila Irdina. Aishhhhhh memang dak kecik tu minat gila2 dengan Najwa Latif. Haha boleh dikatakan hari2 asal datang umah je mesti pasang lagu tu & nyanyi sambil main gitar. Umur baru 3 tahun kot, dah pandai. Haha... Adila syggg...kata nak jadi ustazah. Ustazah mana ada main gitar! Ustazah pakai tudung tak leh melaram pakai seksi2... Hehe nasihat utk dia. Bkn apa, dak kecik ni sungguhpun kecik tapi suka bergaya! Pakai high heel, pakai gaun macam Barbie... Hehe alololo cutenya dia... Huhu...


Adila pengubat stress... Bila tgk dia, rasa tenang je... Kaletah dia mencuit hati... Huhu...
Hmm, dah lama aku tak intai blog kesayangan aku ni peneman di kala duka dan lara... Aceh! Hahaha... Memang dah bersawang dah blog ni. Masa utk bersihkan & touch up pe yg patut! Haha baru harini berkesempatan singgah. Nak ambil kesempatan sekejap boleh tak? Memandangkan raya tak habis lagi, aku dengan ini bernama Nora Fizah Mishan No Surat Beranak I 223255 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada family, sanak saudara, sahabat handai, kenalan FB, blogger2 sekalian, para perantau, jiran tetangga, jiran sejalan, jiran sekampung, jiran kampung sebelah, jiran negeri lain, jiran...apedaaaahhh banyak jiran! Hahahaha tidak lupa juga kepada para perantau... Apa kena mengena perantau dengan aku ni? Hah...satu lagi kepada penjual baju raya, tudung raya, kerongsang, kerana jual baju raya kepada saya. Tanpa anda semua, tidaklah saya dapat memakai baju raya di pagi raya. Hahahahaha M.E.L.A.L.U.T daaa~~~
Kosong... Aku terasa kosong... Aku rasa kosong sangat bila orang2 pakat tanya : Ko bila nak kawin? Kawen kawen tak habes2 kawen kan? Umur aku ni tak lagi sampai 30 okeyyyyyyy... Kenapa, aku ni dah tua sangat ek bila sume tanya bila nak kawen? 23 tahun itu angka yg lewat ke bila tak kawen lagi? Entahlah, bila raya menjelma perkara yg paling wat aku stress adalah bila diajukan soalan2 wartawan yg tidak bertauliah. Hurmmmm mood raya yg happy berakhir dengan perasan stress yg berpanjangan. Siapa yg tak nak kawen kan? Cuba cakap siapa yg tak nak? Aku pun nak. Cuma sabarlah kan. Tiada lagi yg sudi masuk pinang. Kalau ada yg sudi, mmg terima terus la haha asalkan beragama, mampu jaga makan pakai, & baik. Aku tak minta kemewahan apatah lagi emas berlian. Koman2 pun Ipad pun jadilahhh. Hahahaha takde lah... Aku rasa skg jiwa aku kosong. Aku berniat nak betulkan cinta aku pada ALLAH. Baru boleh fikirkan cintaku pada insan yg bernama lelaki. Kalau cinta padaNYA masih terumbang ambing, layakke utkku dapat cinta suci dari seorang suami? "Ya Allah, Kau Teguhkan Lah Cintaku PadaMu Agar Tidak Leka Dengan Urusan Duniawi Semata. Kau Mantapkan Cintaku PadaMu Sebelum Kau Anugerahkan Cinta yg Lain Utkku. Amin Ya Rabb..."

p/s : Wahai Perigi Airnya Dalam,
Asalkan Bukan Perigi Buta,
Hidup Sepi Hati Kelam,
Apalah Makna Hidup Tanpa Cinta.
Sape nak jawap pantun aku ni? Jawap jangan tak jawap! Hahahahaha tgh gian nak berpuisi. Kah3...

4 comments:
Sy x pandai pantun. Tp sy yakin, Allah tak beri apa yang kita mahu,
tapi Allah beri apa yang kita perlu. Good Luck my fren...
Hehe... Thanks a lot Aya... I'm really appreciate for ur advice... Good luck too dear... Hehe...
ade blog rupenye cik nora ni... haha
Haha...Yup ada, blog tempat luahan perasaan! Huhu tp blog kite ni tak secantik blog dia tu... Kite punye blog, blog pasar malam je... Tak hebat... Huhu sedih... =( Hahahaha...
Post a Comment