Pages

Thursday, December 4, 2014

Dunia oh Dunia



Di tasik itu ku kenal apa tu sepi,
Air yang tenang itu takkan dapat mengerti kekusutan yang melanda,
Manusia sering tinjau masa silam tiap kali melangkah ke hadapan,
Sedangkan kita tahu amat mustahil memutarkan waktu yang sudah lama hilang...

Apakah ini suratan?,
Atau takdir yang kita perlu terima?,
Walau dulu derita bukan bermakna bahagia tiada,
Tapi mungkin belum kunjung tiba,
Mengapa dinanti pelangi yang ceria,
Sedangkan mentari sentiasa ada...

Terkadang ku cuba mendalami apa itu takdir,
Yang memang tercipta mutlak untuk kita,
Mampukah kita mengubahnya,
Haruskah kita mencorakkannya,
Yang pasti kita harus menjalaninya mengikut tulisan takdir.

Hidup memang tak seindah apa yang kita harapkan,
Kerna kita tahu dunia tak kekal,

Dunia hanya sementara,
Mengapa masih mengejar dunia yang penuh pancaroba dan penuh tipu muslihat ini,
Sedangkan Akhirat lebih abadi,
Kerana kita sedia tahu,
Untuk ke Akhirat...perlu melalui dunia,
Dunia...
Walau hanya sempadan,
Tapi ia ujian, ia punyai markah,
Untuk menguji kita,
Layak ke Syurga... atau Layak ke Neraka...

Wallaua'lam...
 
 
Puisi ini tercipta dari hati, dari akal, & dari sebuah kaca mata.
Betapa manusia hari ini terlalu bergelak ketawa.
Betapa gembira seperti merasakan tiada yang menilai.
Sehingga sanggup mengetepikan perasaan sekeliling.
Tanpa mempedulikan di kanan kiri kita ada yang kekurangan makan atau minum.
Merasakan dunia ini tercipta untuk diri kita sendiri.
Usah terlalu gembira seperti hidup seribu tahun lagi.
Buka mata, buka hati, lihat diri, lihat sekeliling.
Betapa kerdilnya diri kita di mata TUHAN yang SATU...












No comments: