Pages

Tuesday, December 11, 2012

~Pengemis Jalanan~



Detik Masa Berlalu Pantas,
Tanpa Hirau Jejak Langkah,
Tiada Saat Tertinggal,
Tiada Kesan Berbekas.

Dalam Mengejar Syurga Dunia,
Leka Pada Cinta Duniawi,
Lupa Pada Syurga Ukhrawi,
Terus Alpa Mengejar Nikmat.

Dunia Dunia Dunia,
Ada Apa Pada Dunia?,
Tempat Pencarian Harta,
Tempat Pencarian Kasih,
Namun Adakah Ia Pencarian Kasih Ilahi?,
Semacam Amat Tipis,
Kerna? Mencari Kasih Insan Semata.

Orang Kaya Makin Kaya,
Orang Miskin Semakin Papa,
Dunia Hanya Persinggahan,
Perlu Ke Harta Melimpah?,
Walhal Rahmat Tuhan Perlu Dikejar.

Biar Miskin Harta, Jangan Miskin Akhlak,
Biar Tanpa Emas, Jangan Tanpa Pedoman,
Biar Resah Kurang Berlian, Jangan Resah Hilang CintaNya,
Harta Dunia atau Pahala Akhirat?,
Mana Satu Jadi Tonggak?

Walau Iman Jadi Goyah,
Usah Biar Terus Rapuh,
Tiada yang Dinanti,
Melainkan Naungan DariNya,
Untuk Pengakhiran Kekal Abadi,

.:: Sekadar Nukilan di Saat Berfikir Sejenak | 11/12/12, 11.24p.m. ::.

Assalammualaikum... Alhamdulillah kan kita masih bernyawa... Masih berpeluang bernafas, masih berdaya untuk bangun, masih bisa menggerak-gerakkan jejari runcing di papan huruf, masih boleh menggapai awan? Eh awan? Hehe amboi tak sedar diri ye nak menggapai awan? Dahan pokok pun tak tercapai ni kan pula awan... Ni namanya berangan... Sebenarnya impian aku nak merentas awan... Ala naik kapal terbang tu la... Fuhhhhh... Jakun... Hahaha!

Alkisahnya, bukan nak bercerita pasal awan tapi pasal aku & kawan2. Beberapa hari lepas...pergi outing bersama geng2 ku... Makan makan, cuci mata tengok barang (tengok2 je tau), beli2 buku kat Kedai Buku Popular... Best, yela keluar bersama kawan2 mestilah seronok kan. Have fun kan. Hari Jumaat memang kebiasaan kami keluar makan kat luar... Port? Jusco la mana lg kan, Jusco Bukit Tinggi la paling terdekat kan... Hehe berapa banyak 'kan' daaaa.

On the way balik tu kami berborak lagi dalam kereta. Aik borak lagi, tak sudah2 borak kan. Tapi bukan gosip, jgn prasangka tau! Okey, masa balik tu tersangkut kat traffic jam... Suddenly, nampak kelibat pakcik tua yg jalan terbongkok2 minta derma pergi dari satu kereta ke satu kereta... Dengan simpatinya aku tengok dia dengan uzurnya pergi ke tingkap semua kereta yang ada kat situ. Satu lagi cabaran untuk pakcik tu adalah hujan turun... MasyaALLAH, kesian... Nangis dalam hati.  Sedih melihatnya. Semoga dia sentiasa dilindungiNya... Biasalah kan ada yang sudi menghulur derma dan ada juga yang buat slamber derk... Dunia oh dunia... Begitulah ragamnya...

Sebenarnya dari situasi tersebut kita boleh menilai sikap dan jati diri masing2... Melalui stigma tersebut secara tak langsung ALLAH menguji sama ada hamba-hambaNya bersifat kedekut bin bakhil ataupun pemurah binti dermawan. Hehe. Melalui  pengemis jalanan tersebut sebenarnya ALLAH nak menilai sejauh mana hati hamba-hambaNya. Sama ada ikhlas atau tidak menghulur secebis bantuan.

Pernah dengar pepatah tak mengatakan bahawa "Tangan yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan yang Menerima?" Ataupun "Tangan yang Berada di Atas Lebih Baik Daripada Tangan yang Berada di Bawah?" Bukan nak mengajar pepatah melayu tapi nak berkongsi pendapat pasal isu menderma di kalangan manusia pada hari ini...

Tak semua ditakdirkan hidup mewah atau berkemampuan. Ada yang terpaksa mengutip derma bagi mencari sesuap nasi. Kesian lah aku tengok pakcik2 kat jalan meminta2 wang. Tak sanggup aku nak lihat. Kenapa ye? Mungkin aku membayangkan sekiranya pakcik itu adalah ayah aku atau pakcik aku. Entahlah sebenarnya sekeping hati aku tak boleh melihat orang2 meminta derma di jalanan. Hati ku akan jatuh luluh. Hurm ='(

Hurm, berbalik pada ceritera aku & geng...masa tu kami di dalam kereta saling bertukar pendapat. Macam ala2 sesi berdebat. Sebenarnya team kami mmg suka berdebat sebab rata2 pendapat adalah berbeza2. Saje nak kasi otak bergerak & bertukar2 idea. Hehe my bestfriend mase tu mengutarakan satu soalan "Kenapa Perlu Memberi Derma Kepada Pengemis Jalanan? Sedangkan Mereka Itu Masih Berupaya Berjalan. Masih Mempunyai Pancaindera yang Lengkap. Masih Boleh Berusaha & Bekerja." Memang betul pun apa yang dikatakan itu. Tetapi bagi aku tak salah sekiranya kita memberi sedikit wang atau menghulurkan sedikit bantuan walaupun kita tahu tak besar mana pertolongan kita tu. Bagi aku, mereka itu dijadikan sebagai orang tengah dalam kita mengumpul pahala & rahmat dariNya. Sekiranya dalam dunia ni tidak wujud "Pengemis Jalanan", kita tak berupaya memberi sedekah atau mengumpul pahala. Walau apapun sebenarnya sedikit yang kita sumbangkan sekiranya niat kerana ALLAH Taala, ia amat bermakna hakikatnya. 

Dalam menderma ni kita tak perlu melihat siapa yang meminta derma tersebut. Tetapi kita perlu menderma kerana apa. Apa tujuan kita menderma. Orang yang ikhlas adalah meletakkan sesuatu perkara adalah kerana ALLAH Taala satu2nya. Bukan kerana kita melihat siapa orang tu baru kita terdetik nak menderma. Kita boleh menderma kepada sesiapa pun tak kira lah orang tu kaya ke sederhana ke itu ke ini ke. Nak menderma kepada saya pun boleh jugak. Hehe dah kata kerana ALLAH Taala kan. So jangan sesekali pertikaikan kenapa orang tu meminta2 sedangkan masih mampu berjalan atau senang kata seperti menggalakkan mereka2 itu meminta bantuan tanpa berusaha. Itu semua bergantung pada diri masing2. Hmm tepuk dada tanya selera. Terpulang kita nak menderma atau tidak. Dalam Islam memang tiada unsur paksaan. Nak menderma dapat keredhaan In Shaa ALLAH. Tak nak menderma, tak dapat apa2. 

Itu yang aku explain pada kawan2 aku. Bukan nak tunjuk pandai. Sekadar berkongsi pendapat & ilmu. Masa tu agak kelakar la jugak dalam kereta wujud sesi berdebat, masing2 nak menang. Hehe. Tapi kami anggap itu ala2 sesi usrah la. It's better than gosip2 kan? Tol tak tol tak? Akhir kata : Majukanlah Iman Demi Akhirat! Tingkatkan Iman Kurangkan Dosa! Okey Salam Sayang dari saya. Tata Titi Tutu...



Berat Mata Memandang, Berat Lagi Hati yang Menanggung. Hiba Pula Rasa Hati

 
Tidak Rugi Menghulur Derma. Keikhlasan Terletak Pada Hati yang Menyerahkan Segalanya Hanya Kerana ALLAH. Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain


Surah Al-Baqarah Ayat 215 : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) : Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? : Katakanlah "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada : Kedua ibu bapa, & kaum kerabat, & anak2 yatim, & orang2 yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis2 kebaikan, maka sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahuiNya (& akan membalas dengan sebaik2nya.


p/s : Menderma lah walaupun seposen, dua posen, tiga posen. Apa yang penting? Ikhlas... Hulur tangan kanan, sorok tangan kiri... =)

Sunday, November 11, 2012

~Hanya Persinggahan~


Kala Sunyi Terbit Rasa,
Sayu Memanggil Mencubit Jiwa,
Meski Indah Tanpa Bicara,
Hanya Pendam Menjadi Cara.

Walau Dunia Hanya Sementara,
Mustahil Kosong Tanpa Cinta,
Mungkin Ia Muncul Sementara,
Dan Hanya Sebentar Cuma.

Teman, Sahabat, Datang dan Pergi,
Tinggal Serpihan Kaca di Hati,
Tanpa Diundang Ia Meniti,
Tanpa Direstu Ia Pergi.

Perasaan Amat Halus,
Terbit Dari Hati yang Tulus,
Yang Ingin Dielus,
Agar Dirapi Tidak Hapus.

Jaga Hati Tidak Mudah,
Sering Disentuh Dengan Kata Indah,
Hanya Menjadi Mainan Madah,
Wahai Pujangga Kenapa Berpaling Tadah?


Kenapa Kenapa? Kenapa Hati Kau Hancur Kartun? Haha Hati Kau Dicuri Lepas Tu Dihempas Kat Batu Ek? Fuh Berderai Seh! Hehe Cian... Sila Tukar Hati Baru K?! Eh, Tapi Ada Ke Hati Baru? Jual Katne? Nak Beli Gak Kalu Ada?! Hahaha...


Assalammualaikum... Hehe tak jawap dosa... Hmmm lamanyer tak tatap blog aku ni... Hmm blog I ni dah berkurun I tak singgah. Skg ni musim mood tenang... Takda ada rasa apa2... Bila takda rasa pape ni, fikiran mula lah berfikir nak itu, la nak inilah. Nak bela rabbit, but mama I tak kasi. I syedih cangat2... Hahahaha! So terbatal lah hasrat hati ku ini. Almaklum dah my mum tolak mentah2 application I ni, nak wat camno kan... Kan kan kannn... Redha je laaa... Ngeee~

Skg ni kuat tol makan. Kenapa ye? Sungguh pelik dgn condition diriku ini. Makan ni syok tau sebenarnya. Buat kita lupakan something yg jadikan kita stress... Makan makan makan, puas hati! Alhamdulillah rezeki kuniaan Ilahi...

Nak tanya la sikit... Knp lelaki ni suka sgt sentuh2 hati perempuan? Tak kisah la kan gune medium macamne... FB ke, whatsupp ke, sms ke, calling2 ke, depan2 mata ke, tp...suka sangat sentuh2 hati, cuit2 hati, ambik2 hati then buang mcm tu je... Pelik toi. Ngayat bkn main tp rupanya hanya halwa mulut je... Gula2 kan je rupanya... Huhu... So apa niat si jejaka tersebut?  Sebagai apa sentuh2 hati & kenapa sekadar mainkan perasaan je... Ish dush! Pang laju2... Hehe...

Takde niat nak kondem lelaki... Dan bukan bertujuan pun nak salahkan kaum Adam. Tapi kaum2 Hawa di sini teramat la tertanya2 'kenapa'. Dah buat hati seorang wanita cair (nasib baik hati aku masih ada perisai, idakle cair, padan muka! Hehe) & punyalah besar hati si kaum Hawa tersebut terbuka tapi rupanya tak lebih hanya sekadar permainan perasaan yg telah dicipta oleh si Jejaka tersebut. Apa jadahnya itu? Adakah itu dinamakan 'Gores dan Menang'?! Haha ataupun main 'Cak Cak Baaa'? Atau 'Peraduan Mencari Harta Karun, Lepas Tawan Terus Blah!' Huahuahua 'tahniah'... Huhuhu...

Kepada sesiapa kaum Adam yg berani utk tampilkan diri anda terangkan kenapa, apa perkara sebenar, share pendapat, amat dialu2kan... Hehe, tapi sebarang surat menyurat 'Cinta' tidak dilayan sama sekali... Haha!

To kaum Adam, hati kaum Hawa ni lembut... Sgt2 mudah tersentuh. Ia perlu dijaga bukan untuk dipersenda. Jauh sekali untuk dipijak2... Hargai k! Hehe... Mmg tak boleh nak tipu, sekali hati perempuan dicuit oleh laki, kesannya pasti ada. Tak byk, sikit pun pasti cair punya kan? Kepada kaum Hawa tu pandai2lah kawal hati anda k. Jgn mudah ditipu. BTW, ayat jejaka mmg manis. Kalah madu lebah tau... Huhu apa2 pun aku percaya pada kata2 azimat ni>>>Cinta yg Mahal adalah Cinta yg Paling Sukar Dilafazkan. Ia tersemat di Hati. Akan Terluah Selepas Akad... Ceh Wah! Poyonya ko Nora Fyza... Hahaha...

p/s : Cuba layan lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk by Flava"... Best & ada lah gak kaitan dgn entry ni kot. Haha... Kenapa nak cuit hati kalau takde niat serius & ikhlas? Hanya persinggahan di hati ye? Hanya datang  menyinggah, berehat sebentar bersama 'KIT KAT', lepas tu 'TIME TO GO' & 'TATA GURL!' Hahaha senang, mudah, & tangkas kau Pok Husin wat Mak Jemah macam tu!... Merepek lak... Haha gurau2 senda je... Jgn mara... Huhu. Konklusinya, jawapannya ada pada setiap hati masing2... Renung2kan & fikir2kan... Adios~

Cer Check Masih Berdegup Tak Hati Kita? Haha Bila Hati Dicuit2 Tu Ada Rasa Dup Dap Dup Dap Tu Dah Angau Lah Tu! Haha Tapi Pe Kata Check Hati Kita Utk ke Arah Kebaikan, Lagi Baik... Rasa Dup Dap Dup Dap Mase Beribadat Depan ALLAH... Allahuakbar... =)