Pages

Thursday, July 5, 2012

Aku Benci Kau!







Sesaat Aku Benci Kau,
Seminit Teramat Lah Benci Benci Benci,
Sehari Benci Lagi,
Bila Masa Aku Tak Benci Kau?,
Memang Tiap Kali Aku Nampak Kau, Aku Akan Rasa Bergetar,
Berdebar-debar,
Tak Sanggup Menatapnya!.


Bukan Malu, Tapi... Takut!,
Takut Kau Akan Menyentuhku,
Pabila Berselisih Denganmu,
Ku Khuatir Kau Akan Melanggarku!
Ohhh Tidak, Sungguh Ku Tak Rela...


Indah Dunia Ni Andai Kau Tiada,
Aman Je Ku Rasa...
Tapi Mustahil,
Teramat Mustahil,
Kerna Kau Antara yang Signifikan,
Ya, Ku Akui Aku Takut Berhadapanmu!.


Berapa Ramai Orang Kau Dah Sakiti,
Aku Tahu Kau Hebat Antara yang Lain,
Kau Gagah, Kau Kuat, Kau Perkasa,
Lagi, Lagi, Lagi,
Tak Terhitung Rasanya 'Pujian' yang Aku Berikan,
Dalam Diam Rasa Getarnya,
Dalam Terpaksa Berselisih... Aku Kuatkan Hati,
Sungguh Aku Tak Sanggup,
Untuk Terus Terserempak Denganmu...


Walaupun Kau Tak Muncul Dalam Mimpiku,
Tapi Kau Sering Menjadi Igauan,
Umpama Menjadi Mimpi Ngeri Dalam Realiti,
Masuk Ke Dalam Sukma Sanubari,
Teramat Sadis Ku Rasa,
Kerna Ia Menjadi Satu Kekangan,
Untukku Terus Bergerak Ke Depan,
Oh Aku Tak Bisa,
Kerna Aku Takut,
Takut, Takut, Takut...


Ku Rasa Aman Je Dunia Tanpa Kau,
Sungguh Aku Tak Suka Kau,
Teramat , Tidak Kurang Walau Setitis Air Hujan,
Oh Tak Sanggup!,
Hanya Aku Benci 'Kau' Seorang!,
Eh Tak Sesuai!,
Hmmm Hanya Aku Benci 'Kau' Seekor!,
Sungguh Tak Sesuai!
Haaaaa Hanya Aku Benci Kau 'Sebuah',
Walaupun 'Kau' Hanya...
Hanya...
      Hanya...
             Hanya...
                  Hanya...
Ai Cepat Lah Cakap!











Hanya...

 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
V


HANYA SEBUAH LORI!
Kuang Kuang Kuang...
Marah tak marah tak?...
Jangan marah aaaaa...
Nanti kena jual...












                         Tumpang Lalu... Hahahahahahaha...

Maaf ye, post ni sebenarnya takde kaitan dengan sesape... Just nak bergurau2 senda... Hehe sememangnya aku fobia plus tak suka dgn 'insan' yang bernama LORI. Tak kira lah lori sampah ke lori kontena ke lori hantu ke... Yang pasti 'minatang' tu memang besar. Senang cite, memang tak sanggup lah nak berselisih. Tapi tulah, kalau bawak keta tak leh lah lari. Pasti terserempak jugak dengan 'objek' itu. Kahkah... Driver2 lori yang terpaksa terserempak dengan aku pasti akan bengang je tengok muka aku yang menjeling benci... Memang masam ar sepanjang bersebelah dengan lori2 tu. Maaf tak sengaja! Haha memang tak suka & takut. Tak tahulah... Maybe sebab besar sangat kot. Haha. Kenapa lah ada lori dalam dunia ni... Tak boleh ke angkut barang pakai kapal terbang ek? Hmmmmmm...

Mungkin sebab tu lah nampak aku jarang drive pergi jauh2... Koman2 pun area Klang atau Banting. Klang atau Banting. Haha paling jauh pun kat Bukit Sentosa, Rawang. Tak pernah la bawak ke luar Selangor! Memang boleh dikira lah berapa kali drive. Sebab satu je! Takut lori! Arggghhhh bikin gua tension ni... Huhuhu... What should i do?! I don't like this feeling! Huarghhhh!!!

p/s :  Hidup ni memang sentiasa berdepan dengan cabaran. Walaupun kita benci dengan sesuatu perkara tu, kita perlu juga berdepan. Tak boleh lari. Nak tak nak, kena tepis perasaan tu. Kalau tak, ke mana kah kita??? Takkan bergerak2 la kan... Tapi, kuatkah aku menangkis arus ketakutan ini? Help me, please! Hoho~~~ (Macam lah mencabar sangat, konon mencabar macam nak memajukan negara gamaknya! Puihhh)



















Friday, June 8, 2012

Hanya Jauh di Sudut Hati


Jauh di Sudut Hati, Ku Amat Merinduimu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Harap Kamu Juga Merinduiku...
Jauh di Sudut Hati, Ku Mengingatimu Setiap Detik Waktu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Harap Kamu Pun Begitu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Ingin Menghubungimu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Juga Mahu Kamu Menghubungiku...

Jauh di Sudut Hati, Ku Suka Kamu 'Stalk' Aku...
Jauh di Sudut Hati, Memang Dalam Diam Aku 'Stalk' Kamu...
Jauh di Sudut Hati, Bila Ku Fikir Kau Bersama yg Lain Ku Rasa Cemburu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Selalu Gelisah Tak Menentu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Tak Puas Mengenalimu...
Jauh di Sudut Hati, Ku Selalu Mimpikanmu...

Tapi, Ianya Terlalu Jauh Jauh Jauh di Sudut Hati,
Tetapi Adakah Ia Dekat di Hati?
Hmmm...Sengsarakah Aku Hadapi Semua Ini?
Kalau Inilah Dinamakan Cinta, Kenapa Perlu Aku Seksa Diri Ini?
Dalam Tawa Sebenarnya Aku Tangisi,
Dalam Gelak Aku Sebenarnya Sepi,
Orang Lain Mampukah Fahami?
Yang Mereka Mampu Nasihati Apa yg Aku Tidak Impi,
Bercakap Amat Mudah, Yang Menanggung Diri Ini?
Mereka Kata Itu, Mereka Kata Ini...
Tapi Aku yg Rasai,
Aku yg Meratapi,
Apa yg Aku Ingini, Fahamilah Diri Ini...

Aku Tidak Pinta Ini Semua Terjadi,
Mungkin Tersepitnya Aku Adalah Atas Ciptaan Aku Sendiri,
Dan Dengan Izin Dari Ilahi,
Dalam Aku Ingin Melupai,
Aku Sebenarnya Teramat Merindui,
Semakin Aku Jauhkan Diri Ini,
Semakin Aku Menyayangi,
Semakin Aku Cuba Melupai,
Semakin Kamu Dekat di Sanubari,
Ku Rasa Sendiri Bergetarnya Hati...

Dengan Cara Ini Ku Lepaskan Semua Ini,
Sekadar Berkongsi Perasaan Ini,
Bukan Tarik Tali,
Tapi Sekadar Curahan Hati,
Yakin Pada Naluri & Gerak Hati,
Hanya Hati Ini Mengetahui,
Tahap Kepercayaanku Memang Tiada Lagi...

-Luahan Hati Dari Aku Sendiri-
~OriginalBukanCopyPaste~ 
                                                          Tarikh Lakaran : 18 May 2012
                                                          
        .:: SememangnyaHidupIniPenuhDenganTekaTeki ::.
 

Aduhai puisi lagi... Tak habis2 puisi kan... Hmmm ini je cara yang aku ada untuk meluahkan perasaan ini... Yang tak suka tu or rasa macam nak muntah tu tak perlu view ok... Tutup je... (Nada macam merajuk plus sedih!) He4... Lalala~~~

Masih keliru dengan perasaan ini. Adakah mainan perasaan ataupun memang Allah wujudkan perasaan ini sebab ada rahsia di sebaliknya? Amat tidak terjangkau dek akal fikiran. Memang takkan tercapai akalku! Seriously, rasa tak tenang menyelubungi diri. Tatkala termenung bertambah2 la fikiran ini berkecamuk. Boleh tak kalau aku cakap yang memang sekarang selera makan aku dah mati! Tapi aku suka, bolehlah turunkan kilo2 badan aku ni! Tapi kena tahan la bebelan madam kat rumah tu (my mom lah sape lagi!). Hua3...


Dear Kamu,
Naluri hati dah mensahihkan semua itu. Hati ini sukar untuk ada rasa percaya. Kenapa masih ditanya. Aku takut pada satu ikatan yang tidak membawa erti. Please fahami aku. Tidak perlu ditanya kenapa kenapa kenapa. Andai kamu terseksa aku minta maaf, andai kamu merana aku mohon ampun. Tapi tolong, Jangan Menangis Untukku... -.- (Jika betul lah kau menangis)... Sesungguhnya hati ini terlalu lemah dengan semua ini...



Keliru, keliru, dan sungguh keliru... Aku seorang yang percaya pada naluri hati & petunjuk dariNya...

p/s : Mungkinkah aku terkejar2 dengan bayang2 sendiri atau mengalami masalah jiwa yang sukar untuk diselesaikan? Aku sendiri tidak pasti... Hmmm... CONFUSED!!! 
Mood ketika lakar blog ini : Kekusutan, kecelaruan, keegoaan, kesedihan, & seerti dengannya...



*Di relung hatiku yang paling dalam terdetik sedikit rasa bahawa lebih baik tidak mengenalimu daripada terpaksa melupakanmu dalam keadaan yg amat sukar. Di mulut kata tidak, tapi hati sering berkata, fikiran sentiasa ingat, dalam tidur senantiasa termimpi... Hurm...ada tak mesin melupakan memori? Kalau ada, nak beli please! Buang la rasa ini, kenapa kau jugak yang ku mimpi & kenapa kau jugak yang ku ingati? Arghhhhh!