Pages

Sunday, November 11, 2012

~Hanya Persinggahan~


Kala Sunyi Terbit Rasa,
Sayu Memanggil Mencubit Jiwa,
Meski Indah Tanpa Bicara,
Hanya Pendam Menjadi Cara.

Walau Dunia Hanya Sementara,
Mustahil Kosong Tanpa Cinta,
Mungkin Ia Muncul Sementara,
Dan Hanya Sebentar Cuma.

Teman, Sahabat, Datang dan Pergi,
Tinggal Serpihan Kaca di Hati,
Tanpa Diundang Ia Meniti,
Tanpa Direstu Ia Pergi.

Perasaan Amat Halus,
Terbit Dari Hati yang Tulus,
Yang Ingin Dielus,
Agar Dirapi Tidak Hapus.

Jaga Hati Tidak Mudah,
Sering Disentuh Dengan Kata Indah,
Hanya Menjadi Mainan Madah,
Wahai Pujangga Kenapa Berpaling Tadah?


Kenapa Kenapa? Kenapa Hati Kau Hancur Kartun? Haha Hati Kau Dicuri Lepas Tu Dihempas Kat Batu Ek? Fuh Berderai Seh! Hehe Cian... Sila Tukar Hati Baru K?! Eh, Tapi Ada Ke Hati Baru? Jual Katne? Nak Beli Gak Kalu Ada?! Hahaha...


Assalammualaikum... Hehe tak jawap dosa... Hmmm lamanyer tak tatap blog aku ni... Hmm blog I ni dah berkurun I tak singgah. Skg ni musim mood tenang... Takda ada rasa apa2... Bila takda rasa pape ni, fikiran mula lah berfikir nak itu, la nak inilah. Nak bela rabbit, but mama I tak kasi. I syedih cangat2... Hahahaha! So terbatal lah hasrat hati ku ini. Almaklum dah my mum tolak mentah2 application I ni, nak wat camno kan... Kan kan kannn... Redha je laaa... Ngeee~

Skg ni kuat tol makan. Kenapa ye? Sungguh pelik dgn condition diriku ini. Makan ni syok tau sebenarnya. Buat kita lupakan something yg jadikan kita stress... Makan makan makan, puas hati! Alhamdulillah rezeki kuniaan Ilahi...

Nak tanya la sikit... Knp lelaki ni suka sgt sentuh2 hati perempuan? Tak kisah la kan gune medium macamne... FB ke, whatsupp ke, sms ke, calling2 ke, depan2 mata ke, tp...suka sangat sentuh2 hati, cuit2 hati, ambik2 hati then buang mcm tu je... Pelik toi. Ngayat bkn main tp rupanya hanya halwa mulut je... Gula2 kan je rupanya... Huhu... So apa niat si jejaka tersebut?  Sebagai apa sentuh2 hati & kenapa sekadar mainkan perasaan je... Ish dush! Pang laju2... Hehe...

Takde niat nak kondem lelaki... Dan bukan bertujuan pun nak salahkan kaum Adam. Tapi kaum2 Hawa di sini teramat la tertanya2 'kenapa'. Dah buat hati seorang wanita cair (nasib baik hati aku masih ada perisai, idakle cair, padan muka! Hehe) & punyalah besar hati si kaum Hawa tersebut terbuka tapi rupanya tak lebih hanya sekadar permainan perasaan yg telah dicipta oleh si Jejaka tersebut. Apa jadahnya itu? Adakah itu dinamakan 'Gores dan Menang'?! Haha ataupun main 'Cak Cak Baaa'? Atau 'Peraduan Mencari Harta Karun, Lepas Tawan Terus Blah!' Huahuahua 'tahniah'... Huhuhu...

Kepada sesiapa kaum Adam yg berani utk tampilkan diri anda terangkan kenapa, apa perkara sebenar, share pendapat, amat dialu2kan... Hehe, tapi sebarang surat menyurat 'Cinta' tidak dilayan sama sekali... Haha!

To kaum Adam, hati kaum Hawa ni lembut... Sgt2 mudah tersentuh. Ia perlu dijaga bukan untuk dipersenda. Jauh sekali untuk dipijak2... Hargai k! Hehe... Mmg tak boleh nak tipu, sekali hati perempuan dicuit oleh laki, kesannya pasti ada. Tak byk, sikit pun pasti cair punya kan? Kepada kaum Hawa tu pandai2lah kawal hati anda k. Jgn mudah ditipu. BTW, ayat jejaka mmg manis. Kalah madu lebah tau... Huhu apa2 pun aku percaya pada kata2 azimat ni>>>Cinta yg Mahal adalah Cinta yg Paling Sukar Dilafazkan. Ia tersemat di Hati. Akan Terluah Selepas Akad... Ceh Wah! Poyonya ko Nora Fyza... Hahaha...

p/s : Cuba layan lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk by Flava"... Best & ada lah gak kaitan dgn entry ni kot. Haha... Kenapa nak cuit hati kalau takde niat serius & ikhlas? Hanya persinggahan di hati ye? Hanya datang  menyinggah, berehat sebentar bersama 'KIT KAT', lepas tu 'TIME TO GO' & 'TATA GURL!' Hahaha senang, mudah, & tangkas kau Pok Husin wat Mak Jemah macam tu!... Merepek lak... Haha gurau2 senda je... Jgn mara... Huhu. Konklusinya, jawapannya ada pada setiap hati masing2... Renung2kan & fikir2kan... Adios~

Cer Check Masih Berdegup Tak Hati Kita? Haha Bila Hati Dicuit2 Tu Ada Rasa Dup Dap Dup Dap Tu Dah Angau Lah Tu! Haha Tapi Pe Kata Check Hati Kita Utk ke Arah Kebaikan, Lagi Baik... Rasa Dup Dap Dup Dap Mase Beribadat Depan ALLAH... Allahuakbar... =)



 



 

Monday, September 3, 2012

~Kosong Kosong~



Segala Kata Cacian yg Telah Engkau Berikan,
Membuatku Rasa Kosong Kosong...


Kalian tahu tak itu sebahagian lirik apa? Hehe sape yg tak tahu kan? Itulah lagu Najwa Latif. Bila sebut Najwa Latif teringat lak adik sepupu kesayanganku Adila Irdina. Aishhhhhh memang dak kecik tu minat gila2 dengan Najwa Latif. Haha boleh dikatakan hari2 asal datang umah je mesti pasang lagu tu & nyanyi  sambil main gitar. Umur baru 3 tahun kot, dah pandai. Haha... Adila syggg...kata nak jadi ustazah. Ustazah mana ada main gitar! Ustazah pakai tudung tak leh melaram pakai seksi2... Hehe nasihat utk dia. Bkn apa, dak kecik ni sungguhpun kecik tapi suka bergaya! Pakai high heel, pakai gaun macam Barbie... Hehe alololo cutenya dia... Huhu...



 Adila pengubat stress... Bila tgk dia, rasa tenang je... Kaletah dia mencuit hati... Huhu...





Hmm, dah lama aku tak intai blog kesayangan aku ni peneman di kala duka dan lara... Aceh! Hahaha... Memang dah bersawang dah blog ni. Masa utk bersihkan & touch up pe yg patut! Haha baru harini berkesempatan singgah. Nak ambil kesempatan sekejap boleh tak? Memandangkan raya tak habis lagi, aku dengan ini bernama Nora Fizah Mishan No Surat Beranak I 223255 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada family, sanak saudara, sahabat handai, kenalan FB, blogger2 sekalian, para perantau, jiran tetangga, jiran sejalan, jiran sekampung, jiran kampung sebelah, jiran negeri lain, jiran...apedaaaahhh banyak jiran! Hahahaha tidak lupa juga kepada para perantau... Apa kena mengena perantau dengan aku ni? Hah...satu lagi kepada penjual baju raya, tudung raya, kerongsang, kerana jual baju raya kepada saya. Tanpa anda semua, tidaklah saya dapat memakai baju raya di pagi raya. Hahahahaha M.E.L.A.L.U.T daaa~~~


Kosong... Aku terasa kosong... Aku rasa kosong sangat bila orang2 pakat tanya : Ko bila nak kawin? Kawen kawen tak habes2 kawen kan? Umur aku ni tak lagi sampai 30 okeyyyyyyy... Kenapa, aku ni dah tua sangat ek bila sume tanya bila nak kawen? 23 tahun itu angka yg lewat ke bila tak kawen lagi? Entahlah, bila raya menjelma perkara yg paling wat aku stress adalah bila diajukan soalan2 wartawan yg tidak bertauliah. Hurmmmm mood raya yg happy berakhir dengan perasan stress yg berpanjangan. Siapa yg tak nak kawen kan? Cuba cakap siapa yg tak nak? Aku pun nak. Cuma sabarlah kan. Tiada lagi yg sudi masuk pinang. Kalau ada yg sudi, mmg terima terus la haha asalkan beragama, mampu jaga makan pakai, & baik. Aku tak minta kemewahan apatah lagi emas berlian. Koman2 pun Ipad pun jadilahhh. Hahahaha takde lah... Aku rasa skg jiwa aku kosong. Aku berniat nak betulkan cinta aku pada ALLAH. Baru boleh fikirkan cintaku pada insan yg bernama lelaki. Kalau cinta padaNYA masih terumbang ambing, layakke utkku dapat cinta suci dari seorang suami? "Ya Allah, Kau Teguhkan Lah Cintaku PadaMu Agar Tidak Leka Dengan Urusan Duniawi Semata. Kau Mantapkan Cintaku PadaMu Sebelum Kau Anugerahkan Cinta yg Lain Utkku. Amin Ya Rabb..."


Mood : Berserah je yg mampu ku lakukan. Setelah cintaku kecundang tak sudah2, memang aku rasa Kosong Kosong... Hurmmm kalau ada, adalah...  Mungkin perasaan itu dah mati. Tapi tak mustahil ia akan segar balik. Dan aku percaya pada kuasa Ilahi. Dia yg berikan segala2Nya... Cinta lepas nikah itu lebih indah kot. Kebahagiaan terletak di tangan ALLAH, bukan di tangan kita...
 

                                             







p/s : Wahai Perigi Airnya Dalam,
     Asalkan Bukan Perigi Buta,
     Hidup Sepi Hati Kelam,
    Apalah Makna Hidup Tanpa Cinta.

Sape nak jawap pantun aku ni? Jawap jangan tak jawap! Hahahahaha tgh gian nak berpuisi. Kah3...