Pages

Saturday, October 12, 2013

Allah Lebih Tahu


Assalammualaikum uolss...

Pejam celik pejam celik, 2013 bakal melabuhkan tirai... Fuh sekarang ni dah bulan Oktober! 2 months to go nak hampir ke tahun 2014! Baru aku perasan, sekarang ni life aku semakin busy... Sebab apa aku kata macam tu? Sebabnya...BLOG AKU DAH BERSAWANG gila dah... Hahaha lama meh tak jenguk & update2, lap2, bersih2kan apa yang patut! Kesian lak kat blog terchenta aku ni... Actually rindu gila nak mengarut + merepek + melalut + meloteh... Aik? Meloteh? Apakah? Bercelotehlah! Hmmmmm lama sangat... =((


Saban hari ku rasakan bakat penulisan aku hampir tumpul. Yela kan... Tak diasah! Memang la tumpul. Hehe bak kata pepatah, BELAKANG PARANG DIASAH LAGIKAN TAJAM, INIKAN PULAK AKAL FIKIRAN... MEMANG TAJAM SANGAT LAH KALAU DIASAH.... (Yang ni tul2 merepek) Hahaha kenapa korang tak gelak? Tak kelakar ek? Ok...tak kelakar... Huhu entah peribahasa ape entah aku guna ni. Bukan soal parang tajam ke tumpul yang sedang aku ketengahkan sekarang ni. Tapi isu penulisan aku. Aisshhhhh sejak kebelakangan ni kenapa la aku rasakan aku dah tak reti nak ngarang sajak, puisi, & macam2 gurindam yang aku suka karang sebelum ni. Mungkin aku kurang fokus & sedang menjalani hari2 yang kurang ceria kot...


Pernah tak korang merasakan life korang semakin lama semakin teruk? Perasaan korang semakin tak seronok? Inilah yg kurasakan saat ni. Seperti ada benda yang tersangkut di kerongkong yang terlalu makan jiwa aku... Adakala manusia sering tersilap langkah, adakala manusia sering salah buat keputusan sehingga wujud penyesalan yang tiada kesudahan. Tapi sejauh mana pengetahuan kita terhadap hikmahnya? Hikmahnya hanya ALLAH yang tahu... 

Tak semua apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan akan tercapai. Kita sangkakan yang kita sudah berjaya mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup kita, tetapi rupanya belum lagi. Yang kita dapat tu rupanya penuh ujian yang menimpa. Adakah kita mampu menerima sahaja segalanya bulat2? Ataupun berusaha keluar dari kepompong masalah tersebut? Buntu menguasai diri di kala hati sedang dalam keadaan lemah. Tetapi In Sha Allah, andai sabar menemani diri, ALLAH diingati, masalah diatasi, segalanya akan menjadi lancar dan kita akan berjaya mencapai apa yang kita mahukan dengan izin ALLAH. In Sha ALLAH...

Tentang keputusan yang kita rasakan tersalah ambil tu ada hikmahnya yang kita tak tahu. Hikmah yang terlalu besar nilainya di sisi ALLAH. Tetapi syaitan yang sering mencucuk jiwa kita, menghasut kita supaya lemah dengan ujian, akhirnya menjadikan diri kita cepat putus asa! Sesuatu yang kita benci itu mungkin akan menjadi sesuatu yang kita suka suatu hari nanti... JADI! JANGAN SESEKALI MENYESAL DENGAN SEGALA KEPUTUSAN YG ANDA TELAH BUAT. Peringatan utk diri sendiri & uolsss... Hehehe... Sekian dari pakar motivasi Nora Fyza! (Tak berubah2 ko ek Nora Fyza... Asyik berangan saje... Haha)

Jangan Terlalu Fikirkan Penyesalan & Masalah... Kelak Hati yang Tak Tenang

p/s :  ALLAH Beri Kita Hujan Tetapi Kita Masih Ada Payung Untuk Digunakan. Walaubagaimanapun Kita Masih Harapkan Mentari Muncul... Suatu Hari Tanpa Disangka ALLAH Beri Kita Pelangi. Kita Sangka Pelangi Dah Cukup Untuk Membahagiakan Kita. Tetapi Sayangnya Ia Tak Lama... ALLAH Beri Pula Petir & Ribut Taufan... Tapi Percayalah... Perjalanan Takdir ALLAH Adalah Sebaik2 Ketentuan. Semua Tu Pasti Berhikmah. Andai Petir & Ribut Taufan yang Kita Sedang Alami Sekarang, Kelak Akan Muncullah Sinaran yang Bakal Menerangi. Doa Banyak2! Amin Mudah2an...

"LANGIT TIDAK SELALU CERAH... LAUTAN TIDAK SELALU TENANG"
 
Pelangi Petang. Kau Tiba Bagaikan Pelangi. Tak Bercahaya. Namun Kau Berseri.

Thursday, June 13, 2013

Kenangan Terindah

Assalammualaikum darling, marling, sayang, honey, ceh2 semua la anyone yang bace entry ni ye... 

Alhamdulillah sedar tak sedar, celik pejam celik pejam, dah genap dua tahun aku bekerja di NGV Tech (syarikat buat kapal bukan kapal karam ok, tapi kapal besar! Hehe)... Syukur diberikan rezeki & pengalaman yang paling berharga di sana. Dapat kawan2 yang sporting, environment yang best, dapat jumpa VVIP...dapat jumpa Tun Mahathir my idol, dapat macam2 pengalaman, dan yang paling berharga dapat ilmu & pengajaran daripada my cute boss yang paling ku  hormati 'Kaklong'. Happy sangat! She's very caring peson, understanding, kind, sporting, & 'gila2'. Memang takkan lupa beliau sampai bila2 In Sha ALLAH... Thanks for your support!

Sedang menghitung hari demi hari...detik demi detik... aku akan meninggalkan tempat kerja ku ini tak lama lagi... Sedih memang sedih. Tapi matlamat hidup aku iaitu mencapai sesuatu yang lebih baik & pengalaman baru yang lebih banyak perlu aku tunaikan juga. Dan apabila dipanggil temuduga dalam masa yang tak terduga...sekelip mata sahaja...aku pergi tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah lepas interview tu, Sang Penemuduga tersebut seperti ingin mengambil aku bekerja di situ. Tapi aku tak mengharap apa2 pun sebabnya aku still love sangat2 dengan kerja aku sekarang ni. Esoknya memang dia call & betul2 nak ambil aku bekerja di situ. Dalam keadaan aku ingin mencari peluang lain, aku rasa seperti ia bak Durian Runtuh atau Langkah Kanan sahaja! Kenapa harus aku menolak?! Ya, kalau dah namanya rezeki memang takkan ke mana. Alhamdulillah syukur.

Tapi lama juga aku tak dapat tidur sebabnya i'm always think about it. Hmmm sampai penat fikir, pucat, tak cukup rehat, dilema, menjadi igauan. Aku terlalu khuatir andai pilihan aku ni adalah sesuatu yang akan menjadi penyesalan suatu hari nanti... Aku cuba mencari petunjuk di samping menagih pendapat dari teman sekeliling. Akhirnya aku akur & aku yakin aku tidak membuat keputusan yang salah. Aku mengambil keputusan untuk RESIGN.

Walaupun berat rasa hati ini, tapi matlamat hidup harus diteruskan jua. Aku tetap mahu pandang ke depan & takmau berundur ke belakang! Berjalan pun perlu pandang depan maaaa. Tapi awas! Tengok kanan kiri ye, nanti kang terlanggar susah! Hehe just kidding...  Aku gagahkan diri juga menghantar notis. Berdebarnyalah bagi pada my boss. Rasa bersalah & tak sampai hati la jugak. My boss pulak memang terkejut. Aduhai...sorry i have to! Hurm but she's hold my notice of resignation! Takpelah takes time kot nak lepaskan aku pergi. Bila dah sampai tarikhnya aku berhenti dengan izin ALLAH, aku tetap nak berhenti juga. Hehe. Nekad demi sebuah iltizam! Wah, serupa orang poyo yang sedang bercakap la! Hehe sesekali...

Thanks to all my officemates...boss2...& semua la selama ni di bawah bumbung yang sama... Thanks sangat sebab korang sangat2 sporting, Best dapat kenal & kerjasama ngan korang!

Kaklong Bos ku yang Paling Baik! Thanks for Your Support!



p/s : Kenangan yang Indah Itu Memang Sukar Untuk Kita Lupakan, Tapi Kita Juga Harus Pandang & Berani Melangkah ke Hadapan. Kenangan Tetap Disimpan, Matlamat Tetap Dituju! Chayok Nora Fyza!!!




Sunday, April 14, 2013

Seraut Lukisan Wajah...


Seraut Lukisan Wajah Tak Boleh Nak Tipu Mata yg Melihat! Haha hakikatnya bila gembira akan rasa gembira & sedih akan menangis. Cuba untuk gelak, tapi mungkin mata yang menjadi tumpuan bukan tawa yang keluar. Sebab orang kata melalui kaca mata seseorang tu kita boleh ramalkan yang seseorang tu tengah dilanda sedih. Bezanya adalah sedih sikit, sedih banyak, & sedih yang termat sangat. 


Kenapa ye bila kita cuba untuk senyum dalam keadaan hati tengah berkecamuk, akan jadi pelik pada raut wajah kita? Pelik sepeliknya sehinggakan ada yg menegur 'ok tak?' Tapi di saat kita cuba sembunyikan, rupanya insan sekeliling sedar yang kita menipu mereka dengan cuba pura2 senyum & berkata 'OK' walhal Hanya Tuhan yang Tahu perasaan ini.


Sejuta lukisan di wajah kita sebenarnya menggambarkan sejuta makna dari hati. Walau macamne kita cuba menipu orang, selagi itulah kita takkan dapat lari dari perasaan sedih tu. Come on la! Orang boleh detect beb! Kalau sedih, itu lah tergambar pada wajah walaupun ketika itu kita cuba untuk ketawa. Tapi ketawa hanya palsu semata! Arghhh mengarut!




Begitulah realiti & lumrah hidup. Ada manis & ada pahit. Ada tawa & ada duka. Ada bahagia & ada derita. Ada ceria & ada tangis. Tak leh lari dari masalah... (Nampak serius kan entry aku kalini?) Ini lah yang aku rasa... & usually bila sedih & down, blog ni gak lah yang akan dengar isi hati perasaan aku. Thanks blog! Walaupun takde respon tapi aku sedikit lega.


Menggunakan blog pabila memerlukan. Selfish kan aku? Bila bahagia aku lupa blog, bila derita tercari2 mana blog mane blog... Hahahaha hampeh punya ayat!




    


Sesekali Kita Perlu Menangis Agar Kita Tahu Bahawa Hidup Ini Bukan Untuk Ketawa Semata2... Jadi Nangislah...









Terpulanglah pada masing2 macamne cara nak hilangkan rase sedih. Kalau aku, termenung & menyendiri. Allah kan ada kan... Mengadulah pada Dia... Banyakkan istighfar tau!
Allah tak nak kita lupa Dia, sebab tu kita diberi dugaan & rasa sedih. Think positive itu lebih baik...

Tuesday, March 5, 2013

Boleh Jadi Kunci Terakhir?


Engkaulah Cahaya Dalam Hidup yang Penuh Kegelapannya,
Rasa Kesakitan Dalam Dada Menghilang Pabila Kau Berada,

Cintamu Kepada Aku Tak Pernah Ku Rasa Sebegitu,
Engkau Meringankan Hati Ini, Engkau Menenangkan Jiwa Sepi...


 
Eh ni macam lirik lagu Babak Cinta by Tengku Adil. Best lirik ni... Sangat puitis & syahdu! Dan jugak sangat dramatik... Huhu... Tapi aku nak adjust sikit lirik dia boleh? Haha for someone! Ehem3 sakit tekak la pulak tetiba kan... ;)

Aku Ingin Kau Menjadi Pembuka Hatiku yang Sekian Lamanya,
Terkunci Kerna Selalu Terluka,
Ku Ingin Kau Menjadi Penutupnya.

Kau Tahu Aku Sering Disakiti, Hatimu Sedang Kau Ubati,
Percayakan Pada Cinta Ini, Relakan Ia Berterbang Tinggi.

Aku Ingin Kau Menjadi Pembuka Hatiku yang Sekian Lamanya,
Terkunci Kerna Selalu Terluka,
Ku Ingin Kau Menjadi Penutupnya, Babak Tentang Pencarian Cinta,
Kau Untukku Sepanjang Hayat.
 
Kau Juga Merasa Ketakutan Oh Cinta,
Percayakan Pada Kita Oohhh...


Boleh ke awak jadi KUNCI hati saya yang terakhir? Wekkk... Jiwang karat besi! Sesekali apa salahnya kan?... Hahahahahaha... :p