Pages

Sunday, April 14, 2013

Seraut Lukisan Wajah...


Seraut Lukisan Wajah Tak Boleh Nak Tipu Mata yg Melihat! Haha hakikatnya bila gembira akan rasa gembira & sedih akan menangis. Cuba untuk gelak, tapi mungkin mata yang menjadi tumpuan bukan tawa yang keluar. Sebab orang kata melalui kaca mata seseorang tu kita boleh ramalkan yang seseorang tu tengah dilanda sedih. Bezanya adalah sedih sikit, sedih banyak, & sedih yang termat sangat. 


Kenapa ye bila kita cuba untuk senyum dalam keadaan hati tengah berkecamuk, akan jadi pelik pada raut wajah kita? Pelik sepeliknya sehinggakan ada yg menegur 'ok tak?' Tapi di saat kita cuba sembunyikan, rupanya insan sekeliling sedar yang kita menipu mereka dengan cuba pura2 senyum & berkata 'OK' walhal Hanya Tuhan yang Tahu perasaan ini.


Sejuta lukisan di wajah kita sebenarnya menggambarkan sejuta makna dari hati. Walau macamne kita cuba menipu orang, selagi itulah kita takkan dapat lari dari perasaan sedih tu. Come on la! Orang boleh detect beb! Kalau sedih, itu lah tergambar pada wajah walaupun ketika itu kita cuba untuk ketawa. Tapi ketawa hanya palsu semata! Arghhh mengarut!




Begitulah realiti & lumrah hidup. Ada manis & ada pahit. Ada tawa & ada duka. Ada bahagia & ada derita. Ada ceria & ada tangis. Tak leh lari dari masalah... (Nampak serius kan entry aku kalini?) Ini lah yang aku rasa... & usually bila sedih & down, blog ni gak lah yang akan dengar isi hati perasaan aku. Thanks blog! Walaupun takde respon tapi aku sedikit lega.


Menggunakan blog pabila memerlukan. Selfish kan aku? Bila bahagia aku lupa blog, bila derita tercari2 mana blog mane blog... Hahahaha hampeh punya ayat!




    


Sesekali Kita Perlu Menangis Agar Kita Tahu Bahawa Hidup Ini Bukan Untuk Ketawa Semata2... Jadi Nangislah...









Terpulanglah pada masing2 macamne cara nak hilangkan rase sedih. Kalau aku, termenung & menyendiri. Allah kan ada kan... Mengadulah pada Dia... Banyakkan istighfar tau!
Allah tak nak kita lupa Dia, sebab tu kita diberi dugaan & rasa sedih. Think positive itu lebih baik...

No comments: