Assalammualaikum darling, marling, sayang, honey, ceh2 semua la anyone yang bace entry ni ye...
Alhamdulillah sedar tak sedar, celik pejam celik pejam, dah genap dua tahun aku bekerja di NGV Tech (syarikat buat kapal bukan kapal karam ok, tapi kapal besar! Hehe)... Syukur diberikan rezeki & pengalaman yang paling berharga di sana. Dapat kawan2 yang sporting, environment yang best, dapat jumpa VVIP...dapat jumpa Tun Mahathir my idol, dapat macam2 pengalaman, dan yang paling berharga dapat ilmu & pengajaran daripada my cute boss yang paling ku hormati 'Kaklong'. Happy sangat! She's very caring peson, understanding, kind, sporting, & 'gila2'. Memang takkan lupa beliau sampai bila2 In Sha ALLAH... Thanks for your support!
Sedang menghitung hari demi hari...detik demi detik... aku akan meninggalkan tempat kerja ku ini tak lama lagi... Sedih memang sedih. Tapi matlamat hidup aku iaitu mencapai sesuatu yang lebih baik & pengalaman baru yang lebih banyak perlu aku tunaikan juga. Dan apabila dipanggil temuduga dalam masa yang tak terduga...sekelip mata sahaja...aku pergi tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah lepas interview tu, Sang Penemuduga tersebut seperti ingin mengambil aku bekerja di situ. Tapi aku tak mengharap apa2 pun sebabnya aku still love sangat2 dengan kerja aku sekarang ni. Esoknya memang dia call & betul2 nak ambil aku bekerja di situ. Dalam keadaan aku ingin mencari peluang lain, aku rasa seperti ia bak Durian Runtuh atau Langkah Kanan sahaja! Kenapa harus aku menolak?! Ya, kalau dah namanya rezeki memang takkan ke mana. Alhamdulillah syukur.
Tapi lama juga aku tak dapat tidur sebabnya i'm always think about it. Hmmm sampai penat fikir, pucat, tak cukup rehat, dilema, menjadi igauan. Aku terlalu khuatir andai pilihan aku ni adalah sesuatu yang akan menjadi penyesalan suatu hari nanti... Aku cuba mencari petunjuk di samping menagih pendapat dari teman sekeliling. Akhirnya aku akur & aku yakin aku tidak membuat keputusan yang salah. Aku mengambil keputusan untuk RESIGN.
Walaupun berat rasa hati ini, tapi matlamat hidup harus diteruskan jua. Aku tetap mahu pandang ke depan & takmau berundur ke belakang! Berjalan pun perlu pandang depan maaaa. Tapi awas! Tengok kanan kiri ye, nanti kang terlanggar susah! Hehe just kidding... Aku gagahkan diri juga menghantar notis. Berdebarnyalah bagi pada my boss. Rasa bersalah & tak sampai hati la jugak. My boss pulak memang terkejut. Aduhai...sorry i have to! Hurm but she's hold my notice of resignation! Takpelah takes time kot nak lepaskan aku pergi. Bila dah sampai tarikhnya aku berhenti dengan izin ALLAH, aku tetap nak berhenti juga. Hehe. Nekad demi sebuah iltizam! Wah, serupa orang poyo yang sedang bercakap la! Hehe sesekali...
Thanks to all my officemates...boss2...& semua la selama ni di bawah bumbung yang sama... Thanks sangat sebab korang sangat2 sporting, Best dapat kenal & kerjasama ngan korang!

No comments:
Post a Comment