Pages

Thursday, June 13, 2013

Kenangan Terindah

Assalammualaikum darling, marling, sayang, honey, ceh2 semua la anyone yang bace entry ni ye... 

Alhamdulillah sedar tak sedar, celik pejam celik pejam, dah genap dua tahun aku bekerja di NGV Tech (syarikat buat kapal bukan kapal karam ok, tapi kapal besar! Hehe)... Syukur diberikan rezeki & pengalaman yang paling berharga di sana. Dapat kawan2 yang sporting, environment yang best, dapat jumpa VVIP...dapat jumpa Tun Mahathir my idol, dapat macam2 pengalaman, dan yang paling berharga dapat ilmu & pengajaran daripada my cute boss yang paling ku  hormati 'Kaklong'. Happy sangat! She's very caring peson, understanding, kind, sporting, & 'gila2'. Memang takkan lupa beliau sampai bila2 In Sha ALLAH... Thanks for your support!

Sedang menghitung hari demi hari...detik demi detik... aku akan meninggalkan tempat kerja ku ini tak lama lagi... Sedih memang sedih. Tapi matlamat hidup aku iaitu mencapai sesuatu yang lebih baik & pengalaman baru yang lebih banyak perlu aku tunaikan juga. Dan apabila dipanggil temuduga dalam masa yang tak terduga...sekelip mata sahaja...aku pergi tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah lepas interview tu, Sang Penemuduga tersebut seperti ingin mengambil aku bekerja di situ. Tapi aku tak mengharap apa2 pun sebabnya aku still love sangat2 dengan kerja aku sekarang ni. Esoknya memang dia call & betul2 nak ambil aku bekerja di situ. Dalam keadaan aku ingin mencari peluang lain, aku rasa seperti ia bak Durian Runtuh atau Langkah Kanan sahaja! Kenapa harus aku menolak?! Ya, kalau dah namanya rezeki memang takkan ke mana. Alhamdulillah syukur.

Tapi lama juga aku tak dapat tidur sebabnya i'm always think about it. Hmmm sampai penat fikir, pucat, tak cukup rehat, dilema, menjadi igauan. Aku terlalu khuatir andai pilihan aku ni adalah sesuatu yang akan menjadi penyesalan suatu hari nanti... Aku cuba mencari petunjuk di samping menagih pendapat dari teman sekeliling. Akhirnya aku akur & aku yakin aku tidak membuat keputusan yang salah. Aku mengambil keputusan untuk RESIGN.

Walaupun berat rasa hati ini, tapi matlamat hidup harus diteruskan jua. Aku tetap mahu pandang ke depan & takmau berundur ke belakang! Berjalan pun perlu pandang depan maaaa. Tapi awas! Tengok kanan kiri ye, nanti kang terlanggar susah! Hehe just kidding...  Aku gagahkan diri juga menghantar notis. Berdebarnyalah bagi pada my boss. Rasa bersalah & tak sampai hati la jugak. My boss pulak memang terkejut. Aduhai...sorry i have to! Hurm but she's hold my notice of resignation! Takpelah takes time kot nak lepaskan aku pergi. Bila dah sampai tarikhnya aku berhenti dengan izin ALLAH, aku tetap nak berhenti juga. Hehe. Nekad demi sebuah iltizam! Wah, serupa orang poyo yang sedang bercakap la! Hehe sesekali...

Thanks to all my officemates...boss2...& semua la selama ni di bawah bumbung yang sama... Thanks sangat sebab korang sangat2 sporting, Best dapat kenal & kerjasama ngan korang!

Kaklong Bos ku yang Paling Baik! Thanks for Your Support!



p/s : Kenangan yang Indah Itu Memang Sukar Untuk Kita Lupakan, Tapi Kita Juga Harus Pandang & Berani Melangkah ke Hadapan. Kenangan Tetap Disimpan, Matlamat Tetap Dituju! Chayok Nora Fyza!!!




Sunday, April 14, 2013

Seraut Lukisan Wajah...


Seraut Lukisan Wajah Tak Boleh Nak Tipu Mata yg Melihat! Haha hakikatnya bila gembira akan rasa gembira & sedih akan menangis. Cuba untuk gelak, tapi mungkin mata yang menjadi tumpuan bukan tawa yang keluar. Sebab orang kata melalui kaca mata seseorang tu kita boleh ramalkan yang seseorang tu tengah dilanda sedih. Bezanya adalah sedih sikit, sedih banyak, & sedih yang termat sangat. 


Kenapa ye bila kita cuba untuk senyum dalam keadaan hati tengah berkecamuk, akan jadi pelik pada raut wajah kita? Pelik sepeliknya sehinggakan ada yg menegur 'ok tak?' Tapi di saat kita cuba sembunyikan, rupanya insan sekeliling sedar yang kita menipu mereka dengan cuba pura2 senyum & berkata 'OK' walhal Hanya Tuhan yang Tahu perasaan ini.


Sejuta lukisan di wajah kita sebenarnya menggambarkan sejuta makna dari hati. Walau macamne kita cuba menipu orang, selagi itulah kita takkan dapat lari dari perasaan sedih tu. Come on la! Orang boleh detect beb! Kalau sedih, itu lah tergambar pada wajah walaupun ketika itu kita cuba untuk ketawa. Tapi ketawa hanya palsu semata! Arghhh mengarut!




Begitulah realiti & lumrah hidup. Ada manis & ada pahit. Ada tawa & ada duka. Ada bahagia & ada derita. Ada ceria & ada tangis. Tak leh lari dari masalah... (Nampak serius kan entry aku kalini?) Ini lah yang aku rasa... & usually bila sedih & down, blog ni gak lah yang akan dengar isi hati perasaan aku. Thanks blog! Walaupun takde respon tapi aku sedikit lega.


Menggunakan blog pabila memerlukan. Selfish kan aku? Bila bahagia aku lupa blog, bila derita tercari2 mana blog mane blog... Hahahaha hampeh punya ayat!




    


Sesekali Kita Perlu Menangis Agar Kita Tahu Bahawa Hidup Ini Bukan Untuk Ketawa Semata2... Jadi Nangislah...









Terpulanglah pada masing2 macamne cara nak hilangkan rase sedih. Kalau aku, termenung & menyendiri. Allah kan ada kan... Mengadulah pada Dia... Banyakkan istighfar tau!
Allah tak nak kita lupa Dia, sebab tu kita diberi dugaan & rasa sedih. Think positive itu lebih baik...